Majlis perkahwinan atau kenduri kahwin
sememangnya agak sinonim pada waktu cuti sekolah. Pada ketika inilah
banyak jemputan yang bakal kita terima terutama dari rakan-rakan dan
saudara mara. Sebelum mengadakan majlis, seharusnya kita perlu tahu
tentang adab mengadakan majlis perkahwinan. Ini perlu kerana pada zaman
sekarang banyak majlis yang diadakan dilihat lari dari garis panduan
yang ditetapkan oleh Islam.
Gambar Hiasan |
1. Bersederhana dalam majlis
Islam
sering menganjurkan supaya sentiasa Bersederhana dalam apa jua urusan.
Mengadakan majlis dalam keadaan yang terlalu mewah boleh mengundang
kepada masalah pembaziran. Bayangkan jika banyak lauk pauk dimasak,
tetapi di akhir majlis ia dibuang begitu sahaja. Bukankah membazir itu
satu amalan syaitan. Tambahan pula, kita banyak melebihkan persiapan
dalam mengikut kehendak tanpa perlu memikirkan keperluan.
Sebagai
contoh, banyak majlis yang diadakan penuh megah, namun begitu tiada
sebarang ruang solat pun disediakan. Bukankah menyediakan ruang solat
untuk tetamu adalah lebih baik. Setidak-tidaknya tetamu boleh meluangkan
masa lebih lama lagi bersama tuan rumah.
2. Hiburan yang melampau
Hiburan
itu tidak salah, asalkan ia bertetapan dengan garis panduan Islam.
Antara hiburan yang kebiasaannya diadakan adalah berkaraoke. Berkaraoke
bersama lelaki dan perempuan di hadapan khalayak ramai pula boleh
mengundang satu fitnah. Bukankah kita perlu menjaga batas pergaulan
disamping mengetahui bahawa suara seorang wanita itu sebahagian daripada
aurat.
Maka antara hiburan yang
dicadangkan adalah seperi cabutan bertuah. Acara seperti ini boleh
membuatkan majlis bertambah meriah diiringi dengan alunan lagu seperti
nasyid dan sebagainya.
3. Menjamu tetamu tidak kira darjat
Janganlah
sesekali kita menjemput tetamu-tetamu tertentu sahaja. Menjemput hanya
dari golongan orang kaya sahaja amatlah ditegah sama sekali dalam Islam.
Majlis perkahwinan diadakan adalah bertujuan untuk menghebahkan tentang
pernikahan seseorang. Ia bukanlah satu majlis yang hanya dihadiri oleh
golongan tertentu sahaja.
4. Amalan yang bertentangan
Mungkin
bagi sesetengah orang menganggap, pelamin itu sebagai satu syarat wajib
yang perlu disediakan dalam majlis perkahwinan. Namun menyediakan
persiapan seperti pelamin adalah harus dan ia sekadar adat sahaja.
Tetapi perkara yang dilarang adalah melakukan acara seperti merenjis air
mawar, menabur beras kunyit dan lain-lain lagi. Ini adalah berkaitan
tentang soal akidah umat Islam.
5. Melayan tetamu yang hadir
Janganlah
kita membiarkan tetamu hadir sekadar makan sahaja, tetapi
seelok-eloknya layanlah mereka dengan bertanyakan khabar disamping
bersalaman di antara satu sama lain. Pihak pengantin juga perlu
memainkan peranan yang penting, jangan menganggap sekadar duduk di atas
pelamin, makan beradab itu sudah memadai. Kita perlu melayan semua
tetamu tanpa mengira sebarang darjat.
No comments: