19 April 2012

Petua Mudah Lulus Periksa

Saya ada terbaca dalam satu artikel (Lihat SINI), ada sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan dengan pembaca. Cara mudah untuk lulus periksa! Ini kajian yang telah dijalankan dan hasilnya positif. Jom kita baca untuk ilmu yang lebih mendalam. Kalau sudi, kongsilah dengan kawan-kawan yang lain. =)



12 April 2012

Kenapa Tsunami Tidak Berlaku?

Kelmarin (11 April 2012), gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh pada pukul 4.38 petang waktu Malaysia. Saiz gempa yang hampir menyamai gempa dalam Tragedi Acheh 2004 mencetuskan suasana panik seketika apabila 27 buah negara mengeluarkan amaran Tsunami.

Di Malaysia, gegaran tersebut dapat dirasai di bahagian Pantai Barat terutamanya di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Gempa bumi pertama itu turut disusuli dengan beberapa gempa bumi lain sehinggalah yang terakhir pada pukul 6.52 pagi tadi yang berukuran 5.5 skala Richter. Walau bagaimanapun, amaran Tsunami telah ditarik balik semalam.




01 April 2012

Lirik Lagu 'Bawaku Pergi' Bermasalah?

Pertama kali saya dengar lagu ini, sememangnya rentak dan melodinya menarik dan sedap didengar. Namun, baru-baru ini timbul khabar bahawa lirik lagu 'Bawaku Pergi' nyanyian Kaka bersama Zizan ini mempunyai unsur-unsur negatif. Di dalam blog-blog, masyarakat ramai yang berpendapat sememangnya lagu ini patut diharamkan kerana mempunyai unsur-unsur yang mendorong remaja kini melarikan diri dari rumah. Benarkah? 



28 March 2012

Cara Bersangka Baik

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.



21 March 2012

Tangani Masalah Insomnia

Definisi susah tidur mengikut Persatuan Masalah Tidur Amerika (American Sleep Disorders Association) adalah, susah melelapkan mata semasa tidur ataupun mudah terjaga selepas tidur atau difficulty falling asleep or staying asleep. Apabila ia berterusan bagi jangka masa yang lama, ia dinamakan masalah tidur kronik atau chronic insomnia


Gambar Hiasan



14 March 2012

Kelebihan Solat Tahajud

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak  meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi SAW mengenai perkara ini.  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com