30 June 2012

Cerpen 'Hatiku Milikmu' Siri 2

Sambungan Dari Siri 1 --> Siri 1

‘’Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita dah janji?!’’ Banna melontarkan persoalan. 

‘’Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia. Tak sempat nak hantar mesej kat nta,’’ 

‘’Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok…’’ 

‘’Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya, katakan ana banyak assignment,’’ 



29 June 2012

Akhir EURO 2012: Siapa Juara?

Terjawab sudah siapa yang bakal melangkah ke slot terakhir mengisi tempat ke perlawanan akhir Euro2012 kali ini. Dengan kemenangan dramatik Itali ke atas Jerman awal pagi tadi, menjadikan perlawanan akhir kali ini seperti perlawanan ulangan di peringkat kumpulan, iaitu Itali yang akan bertemu Sepanyol. Siapa bakal juara?

Sepanyol selaku pemegang status Juara Piala Dunia 2010, berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan kemenangan ke atas pasukan Portugal menerusi penentuan sepakan penalti, 4-2. 




28 June 2012

Mengapa Yahudi Bijak?

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. 

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. 





27 June 2012

Cerpen 'Hatiku Milikmu' Siri 1

HATIKU MILIKMU



(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu.

Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila…

‘’Umar, kau nak beli sim card baru, kan?’’ soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..

‘’A’ah!’’ Umar mengangguk ringkas.

‘’Beli yang aku punya je lah,’’ tawar Fathil.

‘’Separuh harga?’’ acah Umar.

‘’Beres. Kau nak sekarang ke?’’

‘’Tak nak…’’ Umar acuh tak acuh.

‘’Cis, buang karen je!’’ bentak Fathil.

‘’Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?’’ Umar meragui.



26 June 2012

Bukan Rugi Kalau Senyum

Allah SWT  telah menganugerahkan setiap manusia di dunia ini dengan bibir yang cantik untuk dimanafaat oleh manusia.Namun ada juga yang tidak bersyukur sampai sanggup melakukan pembedahan untuk merubahnya. Senyum merupakan satu sedekah yang paling senang untuk di laksanakan. Melalui senyuman kita di kurniakan pahala. Senyuman juga membawa seribu makna antaranya senyum sinis, senyum mengoda, senyum yang diberikan dengan ikhlas serta senyuman yang di buat-buat dan banyak lagi.

Senyuman yang di berikan dengan ikhlas akan membuat sesorang itu terpegun dan berasa bahagia apabila melihatnya. Senyuman juga boleh meredakan orang yang sedang marah serta memberikan ketenangan. Orang yang sentiasa tersenyum membuat orang lain melihat ketenangan di raut wajahnya. Dengan senyuman juga membuat kita terhindar dari tekanan dan juga boleh membuat seseorang itu tampil dengan lebih menarik. 



Cerpen 'Hatiku Milikmu'

Bila saya tengok-tengok dalam koleksi novel yang saya simpan, ada tajuk 'Hatiku Milikmu'. Lama dah cerpen ini, tapi ingin saya kongsikan dengan pembaca tulisan cerpen yang baik dan banyak memberi manfaat. Tapi saya akan kongsikan mengikut siri-siri. Pembaca yang nak tahu kisah cerpen ini hingga akhirnya, kenalah tunggu setiap episod yang saya akan kongsikan, insyaAllah. =)



25 June 2012

Sistem Pendidikan Sekarang Bermasalah?

Saya ada terbaca status seseorang di Facebook yang mengatakan sistem pendidikan di sekolah-sekolah kini tidak sesuai dengan tahap penerimaan dan pemikiran murid-murid sekarang. Ini jelas dilihat di peringkat sekolah rendah lagi. Benarkah? Syukur kepada Allah kerana saya telah diberi peluang mengajar dalam 3 peringkat pengajian, di universiti, sekolah menengah dan rendah. Dapat juga saya timba ilmu dan pengalaman berharga di setiap peringkat pengajian tersebut.

Namun apabila disentuh sistem pendididikan di sekolah rendah menjadi masalah utama kepada pemikiran murid-murid, saya juga ingin membenarkannya kenyataan tersebut. Kenapa saya bersetuju dengan kenyataan itu? insyaAllah di sini saya akan menjelaskan beberapa perkara yang saya lihat dari kaca mata saya yang mungkin ada benarnya dan mungkin ada silapnya. Ini adalah pendapat peribadi saya. Jika pembaca ada pendapat yang lain, amat saya alu-alukan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com