15 November 2012

Faedah-Faedah Solat



Solat yang dilakukan akan menggugurkan dosa seseorang. Imam Muslim meriwayatkan, nabi bersabda, 

“Solat yang lima menghilangkan dosa sebagaimana air menghilangkan daki.” 

Dalam riwayat yang lain oleh Imam Muslim, nabi bersabda, 

“Solat menghapuskan dosa yang berlaku di antara satu solat dengan satu yang lain melainkan dosa-dosa besar.”



14 November 2012

Hijrah Muslim Sejati

Bersempena dengan kedatangan tahun baru Hijrah 1434 ini, mungkin ramai di kalangan kita yang telah menanamkan pelbagai azam. Ada yang ingin menjadi seorang yang lebih baik dalam pekerjaan, ada yang ingin lebih berjaya dalam pelajaran dan ada juga yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun baru ini. Namun adakah kita sedar, perkara paling penting untuk kita lakukan di tahun baru Islam ini ialah sentiasa berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik, dengan sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT di samping menonjolkan keperibadian contoh sesama masyarakat.

Gambar Hiasan



10 November 2012

Guru Bukan Robot

Pada entri kali ini, saya nak kongsikan dengan pembaca satu video yang pada saya, begitu sesuai sekali dengan situasi guru pada masa sekarang. Saya amat bersetuju dengan keluhan dan rintihan yang diluahkan seorang guru (wakil NGO guru) terhadap bebanan tugas sebagai guru yang semakin berat dan banyak.

Kini, guru-guru dibebankan dengan karenah birokrasi dan penggunaan teknologi serta kaedah terkini, yang kononnya boleh meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Benarkah? Bagi saya sendiri sebagai seorang guru (baru menjadi guru), saya juga terasa situasi sedemikian. BEBANAN!




09 November 2012

Pesanan Buat Bakal Pengantin

Minggu cuti sekolah telah pun. Dalam kemeriahan pelajar sekolah bercuti, tak ketinggalan juga bagi pasangan-pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah ini. Mungkin dalam sehari, akan ada dua atau tiga kenduri kahwin yang perlu dihadiri. Adakalanya sehingga tidak termampu untuk memenuhi undangan yang diterima. Namun, itulah kemeriahan yang terdapat dalam kalender setiap kali musim cuti sekolah yang menjelma.

Akan tetapi, dalam kemeriahan pasangan melangsungkan majlis perkahwinan, janganlah terlalu berbelanja dengan berlebihan. Perlu diingat bahawa Islam ada mengharuskan padanya hebahan mengenai perkahwinan, namun perlu pada batasan dan had yang harus diikuti. Bermula dari aspek perbelanjaan perkahwinan, jamuan makan sehingga ke perhiasan dan keperluan buat pengantin itu sendiri, yang perlu distrategikan sebaiknya agar tidak terkeluar dari kehendak syariat dan agama.

Gambar Hiasan



27 October 2012

Allah SWT Menolak Satu Doa Rasullullah SAW


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa: 

"Satu Rasulullah s.a.w. telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah SWT. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah SWT tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.

2. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s.). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah SWT.

3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini keadaan yang ingin kita lihat?




Buat Sahabatku Yang Telah Pergi


Tanggal 26 Oktober 2012 tepat jam 3.28 petang, seorang sahabat baikku, telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Sungguh tidak disangka, begitu cepat Allah memanggilnya pulang ke sisiNya. Perkhabaran yang diterima sungguh mengejutkan. Tidak terduga!

Namun, semua itu sudah tertulis sejak dari azali, bahawa hayatnya bersama keluarga, kawan-kawan, sekadar ketika itu sahaja. Tiada apa yang boleh ditangisi, hanya doa yang dapat dihadiahi buatnya di sana, agar tenang, aman dan sejahtera, bersama para solehin.

Kau Sahabat Sejati



10 October 2012

Petua Agar Rumahtangga Anda Boleh Tahan Lama

Rumah tangga yang aman dan harmoni adalah menjadi impian setiap pasangan yang sudah berumahtangga. Akan tetapi, bagaimanakah caranya hendak mengekalkan keharmonian tersebut agar boleh bertahan lama? Ini antara petua-petuanya:

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com