28 May 2013

Berakhlaklah Kepada Ibu Bapa Kita

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang sudi membaca dan berkongsi ilmu di blog saya ini. Terima kasih sudi melawat blog saya yang tak seberapa. Untuk entri kali ini, saya akan cuba menulis bagi menjawab satu persoalan yang telah ditanya kepada saya di Facebook oleh seorang sahabat saya mengenai isu seorang pelakon yang dikatakan telah derhaka kepada ibunya. Isu ini telah heboh dan hebat diperkatakan di media-media sekarang. Oleh kerana itu, saya ingin memberikan beberapa respon mengenai isu ini. 

Persoalan yang utama dari kisah ini ialah kebenaran cerita yang telah didedahkan kepada kita iaitu siapa yang salah dan siapa yang patut dipersalahkan? Jika mengikut cerita yang bermain di media-media, memang jelas bahawa pelakon tersebut yang bersalah dan telah mendapat reaksi pelbagai pihak yang mengatakan bahawa beliau boleh dilabel sebagai seorang anak yang derhaka kepada ibunya. 

Persoalan kedua ialah bagaimana isu ini diselesaikan? Jika dilihat dari laporan-laporan media, apa jua pendapat mahupun luahan yang ingin disampaikan, tidak kira sama ada dari pihak pelakon tersebut atau pihak ibunya, mereka menggunakan media yang sememangnya begitu mudah untuk disebarkan. Pertelingkahan antara kedua beranak ini menjadi satu isu besar apabila dimainkan di media-media seperti di Facebook dan blog-blog.

Respon saya dalam isu ini, sudah sememangnya seorang anak kepada ibunya, tak kisahlah siapa pun dia, pelakon, penerbit, pelajar, guru, ahli politik atau sebagainya, setinggi mana pun jawatan yang dipegang, semulia mana pun dia di pandangan orang, tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidak boleh diabaikan. Inikan pula berkenaan maruah dan air muka ibu bapa. Seorang anak sangat perlu menjaga tatacara akhlak supaya tidak memalukan ahli keluarga di khalayak masyarakat.



27 May 2013

Petua Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa

Assalamualaikum semua. Semoga semua ceria dan sihat sentiasa setiap hari. Kali ini saya ingin kongsikan satu petua yang saya ambil dari laman Facebook yang dikongsikan oleh 'sahabat' saya. Saya ingin berkongsi dengan pembaca juga berkenaan petua ini kerana saya sangat merasakan ianya berguna untuk kita terutama kaum lelaki yang akan dan telah bergelar bapa. =)



12 May 2013

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu. Dalam entri kali ini saya nak berkongsi dengan pembaca sekalian tentang tips awal untuk para muslimah berhijrah kepada bertudung labuh. Tips ini saya dapat dari Facebook, hasil perkongsian rakan-rakan di Facebook. Jadi tak salah kiranya saya berkongsi tips tersebut di sini. 

Gambar Hiasan



28 April 2013

Fenomena Gwiyomi

Assalamualaikum semua. Harap semua dalam keadaan sihat hendaknya. Pernah dengar tentang 'Gwiyomi'? Mesti ramai di antara kita yang sudah sedia maklum tentang 'Gwiyomi' ni kan? Bagi sesiapa yang belum tahu atau tak sempat nak tengok video-video 'Gwiyomi' ni, meh saya nak kongsikan..

'Gwiyomi' dikenali melalui laman-laman sosial seperti Youtube, Facebook, blog-blog dan sebagainya yang mempromosikan gaya mimik penyanyi asalnya mengikut alunan lagu 'Gwiyomi' tersebut. Bagai cendawan tumbuh lepas hujan, berlambak video-video parodi yang meniru gaya 'Gwiyomi' ini. Bermacam-macam gaya ada. 



07 April 2013

Solat Istikharah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan buat Pemilik Semesta, Allah SWT kerana masih lagi memberi kita peluang untuk terus menikmati hidup sebagai seorang Islam dan bernafas di muka bumi-Nya. Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan dengan pembaca berkenaan solat istikharah.

Bagi memudahkan pemahaman bersama, saya akan sertakan persoalan dan jawapan berkenaan permasalahan solat istikharah. Moga kita semua beroleh manfaat.




28 March 2013

Bicara Buat Pemimpin

Bukan nak kata, cuma nak habaq~

Kalau
1) nak orang sokong
2) nak orang ikut
3) nak orang hormat
4) nak orang tolong
5) banyak lagi...

= buatlah benda yang betul!

Jangan
1) rasuah
2) tipu orang tak ketahwan hala
3) khianat kat orang
4) makan duit orang lain lebih dari haknya
5) banyak lagi...

Perrgghh cakap memang senang kan?
Tapi tulah hakikatnya kalau nak jadi pemimpin
PEMIMPIN SEJATI!



14 March 2013

Bila Aku Kata...

yang lepas biarkan berlalu
yang penting masa depan
tak payah nak ungkit2 keburukan yg dulu
nanti duk baik2, last2 jd tak baik ~

hati kalu dah tak suka, habis diungkit yg tak baik
yg kdg2 tu, bukan salah kita,
dia habis canang satu dunia
semuanya salah kita!
padahal dia jgk terlibat sama k0t...
dan kdg2 sebab dia, kita yg nmpk bersalah~
haaiisshh~~

jangan la sebab satu kesalahan kita,
habis semua kebaikan kita
yg mungkin tak seberapa~
langsung tak nampak!

buatlah sekadar yg mampu
biar orang nampak apa yg kita buat
sekadar 'hanya di pinggiran'
tapi biar di sisi Allah
kita yg TERBAIK~

cuba nak ikhlaskan hati
buat sekadar yg termampu..

walaupun berat nak buat,
tapi aku akan tetap mencuba
dan terus mencuba~~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com