27 September 2014

DJ Islamik @ Arau, Perlis

Tarikh: 16 September 2014 (Selasa)
Masa: 10.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: No 218, Jln Kg Sena, 01000 Arau, Perlis

Tuan Rumah: En Othman bin Wan Mat dan Pn Norishah binti Romli
Pengantin: Ainie Nadilla binti Othman dan Mohamad Faiz bin Ismail

DJ Islamik @ Konti
Alhamdulillah, selesai!

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan,
sila layari: http://dj-islamik.blogspot.com



03 September 2014

Cara Mengempiskan Perut Yang Buncit

Perut buncit? Mesti ramai di antara kita yang risau istilah itu digunapakai pada perut kita. Saya juga begitu. Dari dulu saya sangat kurus, sehinggakan ramai yang menegur saya terlalu kurus, muka cekung, macam tak cukup zat. Mahu tidaknya, waktu zaman sekolah, saya berselera, tapi main juga yang lebihnya, habis makanan dicerna, tak sempat nak bina badan. Bila masuk universiti, main dah tak sempat, tapi makan pula tak cukup. Makan sehari sekali saja, budjet.

Tapi, bila sudah bekerja, sudah berumahtangga, saya merasakan suatu perubahan besar-besaran berlaku terhadap perut saya, buncit! Pagi makan, tengahari makan, malam pun berselera nak makan, memang patut lah dapat kebuncitan itu. Agak sudah hilang sikit ke'hensem'an disitu.

Jadi, terlintas nak mencari kaedah terbaik untuk mengempiskan perut yang buncit, tanpa melakukan senaman (tak sempat nak bersenam). Ini saya kongsikan bersama info yang ambil dari beberapa sumber dari Prof Google.




25 August 2014

Adab Mengadakan Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan atau kenduri kahwin sememangnya agak sinonim pada waktu cuti sekolah. Pada ketika inilah banyak jemputan yang bakal kita terima terutama dari rakan-rakan dan saudara mara. Sebelum mengadakan majlis, seharusnya kita perlu tahu tentang adab mengadakan majlis perkahwinan. Ini perlu kerana pada zaman sekarang banyak majlis yang diadakan dilihat lari dari garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Gambar Hiasan



17 August 2014

DJ Islamik - Hiburan Dakwah Untuk Anda




DJ Islamik @ Behor Lateh, Kangar Perlis

DJ Islamik @ Behor Lateh, Kangar Perlis

Tarikh: 16 Ogos 2014 (Sabtu)
Masa: 10.45 pagi hingga 4.45 petang
Tempat: Tapak Nat Behor Lateh, Pertubuhan Peladang Kawasan B-1, MADA Kayang, 01000 Kangar, Perlis

Tuan Rumah: Tn Sayid Mansor bin Sy Othman al Junid & Pn Sakila binti Babjan
Pengantin: Syed Hanif al Junid bin Sayid Mansor & Syarifah Harni Afniza binti Syed Omar Edrus

Bersama pengantin yang diraikan

DJ Islamik di konti DJ
 Alhamdulillah, selesai. :)

DJ Islamik - 019 4489402



01 June 2014

Penceramah Motivasi Islamik / DJ Kenduri Islamik / Sewa PA System / Nasyid

Assalamualaikum WBT...

Saya ingin menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

1. Penceramah Motivasi/Kaunseling/Hari Kebesaran Islam

- lebih tertumpu pada sesi motivasi untuk murid-murid sekolah (Men/Ren) serta pelajar IPTA/IPTS
- pernah mengendalikan sesi motivasi untuk pekerja sektor swasta dan awam
- selingan dendangan lagu nasyid yang bersesuaian dengan bentuk majlis
- jemputan bagi sekitar Perlis dan utara Kedah (Alor Star dan sekitarnya)
- untuk jemputan luar dari Perlis dan Kedah, kos perjalanan dan penginapan (jika ada) ditanggung oleh pengundang
- bayaran boleh dibincangkan kerana saya mudah dibawa berbincang =)

2. DJ berkonsepkan Islamik

- untuk majlis keramaian (kenduri kahwin/kesyukuran atau sebarang majlis bercirikan Islamik)
- memainkan irama-irama nasyid, zikir dan marhaban sepanjang majlis berlangsung
- turut menyelitkan tazkirah, kata-kata hikmah, ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis Nabi SAW
- permintaan untuk lagu nasyid juga boleh dibuat
- masa antara jam 11.00 pagi hingga 4.30 petang
- bayaran perkhidmatan : harga pasaran dan boleh dibincangkan



3. Sewa PA System termasuk EmCee

- untuk sebarang majlis rasmi yang menuruti syarak
- mempunyai pengalaman dalam pengacaraan majlis sehingga peringkat negeri Perlis
- bayaran perkhidmatan : boleh dibincang

4. Persembahan nasyid RAYYAN & RhaSOUL

- mempunyai sebuah kumpulan nasyid yang membawakan hiburan alternatif Islamik
- pernah mengadakan persembahan di beberapa majlis dan tempat spt di agensi kerajaan/swasta dan IPTA/IPTS
- berkonsepkan hiburan nasyid akustik yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat
- bayaran boleh dibincang mengikut jumlah lagu, masa dan jarak

Sebarang maklumat lanjut dan berminat boleh hubungi saya:
ROHISYAM - 019-4489402 (Call / SMS / Whatsapp / WeChat)
FACEBOOK - Rohisyam Abidin



28 April 2014

Kejadian Sebelum Jadinya Kiamat

Apakah yang akan berlaku kepada umat manusia tika tibanya saat berlakunya kiamat? Mari dengarkan penjelasan dan perkongsian dari Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin berkenaan kejadian sebelum terjadinya kiamat.

Gambar Hiasan







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com