27 January 2012

Kisah Mimpi Dr Haron Din Bertemu Nabi Muhammad

Kini video kisah mimpi yang diceritakan dan dialami sendiri oleh seorang ulama' dan tokoh agama, Dr. Haron Din telah menjadi tontonan umum. Video tersebut disebarkan secara meluas di Facebook, mahupun di blog-blog. Mari ikuti video tersebut.





Atau Klik pada link ini [Video Youtube]

Ulasan Saya:
Pertama kali saya mengetahui tentang video ini adalah melalui Facebook. Sememangnya sungguh bertuah sesiapa yang dapat bertemu Rasulullah walaupun hanya di dalam mimpi. Sungguh Allah SWT hanya akan memilih sesiapa yang beriman di kalangan manusia biasa untuk bertemu dengan kekasihNya, yang menjadi manusia paling hebat di dalam tamadun manusia.

Akan tetapi, saya sedikit terkilan apabila membaca komen-komen yang dihantar melalui komen Facebook apabila ada segelintir masyarakat kita, Melayu Islam, yang menjadikan kisah ini sebagai bahan jenaka. Mungkin mereka tidak memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan Dr Haron Din, dan mungkin juga mereka faham, tetapi tidak mahu menerima kisah ini mungkin kerana tidak masuk akal dan sebagainya.

Bagi saya, jika mereka tidak mahu mempercayainya, itu terpulang pada individu masing-masing, tapi jangan pula disebabkan itu, mereka terus mengatakan perkara-perkara yang tidak baik mengenai individu terbabit. Sekurang-kurang ambillah pengajaran dari apa yang telah disampaikan. Bukan hanya tahu mengkritik sahaja. 

Sungguh kini kita sedang berada di penghujung zaman. Pelbagai kejadian pelik telah berlaku. Semuanya ini adalah petanda dari Allah SWT mengenai janjiNya di akhir zaman nanti. Semoga kita semua berada di dalam keadaan iman dan Islam yang sentiasa mendokong pendirian kita bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui.

p/s: Pendapat anda?




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com