26 June 2012

Cerpen 'Hatiku Milikmu'

Bila saya tengok-tengok dalam koleksi novel yang saya simpan, ada tajuk 'Hatiku Milikmu'. Lama dah cerpen ini, tapi ingin saya kongsikan dengan pembaca tulisan cerpen yang baik dan banyak memberi manfaat. Tapi saya akan kongsikan mengikut siri-siri. Pembaca yang nak tahu kisah cerpen ini hingga akhirnya, kenalah tunggu setiap episod yang saya akan kongsikan, insyaAllah. =)


Penulis:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN 
Editor:DR. SALBIAH SELIMAN 
SINOPSIS 
Umar Al-Mujahid keliru. Hatinya direntap dua cinta berbeza. Sukar untuknya menilai kerana hakikat kedua-dua cinta itu indah di matanya. 
Antara cinta yang pasti dan tidak pasti, Umar Al-Mujahid akur pada situasi. Dia memilih cinta yang pasti berbalas daripada seorang gadis jelita. Kehadiran gadis itu benar-benar mengubat luka penantiannya. Dia tidak mahu lagi mengharap pada cinta yang tidak pasti daripada si dia yang dianggapnya tidak sudi. Umar sudah putus asa dengan cinta si dia. Namun, hatinya tak pernah mengerti. Bayangan si dia tetap juga menghantui. 
Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. 
Namun, tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa-rupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah.

‘’Hatiku milik siapa?’’ Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia mengalami konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di universiti. Akhirnya, suara iman memberikan jawapan. 
Apakah dilema cinta yang dihadapi? 
Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan imannya? 
Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid? 
Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya? 
Dan banyak lagi persolan yang tersimpul dalam episod hidup Umar Al-Mujahid. Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah ini akan membawa pembaca bertanya diri sendiri, 
‘’Hatiku pula milik siapa?’’. 

# Nantikan siri 1 cerpen 'Hatiku Milikmu' karya Fatimah Syarha Mohd Noordin =)
pensil-tekan.blogspot.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com