29 June 2012

Akhir EURO 2012: Siapa Juara?

Terjawab sudah siapa yang bakal melangkah ke slot terakhir mengisi tempat ke perlawanan akhir Euro2012 kali ini. Dengan kemenangan dramatik Itali ke atas Jerman awal pagi tadi, menjadikan perlawanan akhir kali ini seperti perlawanan ulangan di peringkat kumpulan, iaitu Itali yang akan bertemu Sepanyol. Siapa bakal juara?

Sepanyol selaku pemegang status Juara Piala Dunia 2010, berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan kemenangan ke atas pasukan Portugal menerusi penentuan sepakan penalti, 4-2. 



 
‘LA ROJA’ VS ‘THE AZZURI’, SIAPA LAGI HEBAT?

Di peringkat kumpulan, kedua-dua pasukan telah pun bertemu dan keputusan berkesudahan seri 1-1. Maka agak sukar untuk dibuat jangkaan pasukan mana yang lebih hebat untuk dinobatkan juara Euro edisi kali ini.

Apabila dinilai pada persembahan di peringkat kalah mati, kedua-dua pasukan mempunyai pencapaian yang seimbang. Namun dari segi jaringan, dilihat Sepanyol berkelebihan apabila mampu menang 2-0 ke atas Perancis dan seri 0-0 dengan Portugal, dan ditentukan sepakan penalti yang memihak kepada Sepanyol, 4-2. Berbanding Itali yang seri dengan England, 0-0, yang dimenangi Itali dengan kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti, namun walaupun berjaya menang ke atas pasukan pilihan, Jerman, mereka telah dibolosi dengan satu gol.

Sepanyol di anggap pasukan pilihan untuk bergelar juara Euro kali ini, namun Itali juga mempunyai kelebihan tersendiri. Sepanyol dibarisi pemain terbaik yang rata-rata bermain di La Liga Sepanyol, seperti pasukan gergasi dunia, Barcelona dan Real Madrid. Nama-nama seperti Andres Iniesta, Xavi, Xavi Alonso, David Silva, Sergio Ramos dan Cesc Fabregas adalah antara nama-nama hebat yang tidak perlu diperkenalkan lagi. 

Itali juga tidak kurang hebatnya dengan pemain-pemain berpengalaman yang sememangnya menjadi nadi penggerak kepada kejayaan pasukan. Diketuai penjaga gol berpengalaman, Gianluigi Buffon, status pasukan Itali sebagai pasukan terbaik dunia tidak boleh dipertikai lagi. Turut serta dalam pasukan ini, pemain bintang lain seperti Andre Pirlo, Antonio Cassano dan penyerang yang digeruni kini, Mario Balotelli.

Siapa lagi hebat?




PENENTUAN PENJAGA GOL TERBAIK DUNIA

Iker Casillas dan Gianluigi Buffon, suatu nama yang sudah tidak asing lagi dalam kancah bola sepak dunia, terutama di posisi penjaga gol. Casillas di pintu gol Sepanyol dan Buffon di gawang Itali. Mereka akan menjadi tumpuan di perlawan akhir nanti dimana, asakan demi asakan pihak lawan untuk membolosi gol, akan dikawal benteng terakhir, iaitulah penjaga gol. 

Casillas yang bermain untuk Real Madrid mempunyai pencapaian yang baik dengan merangkul kejuaraan La Liga. Beliau merupakan ketua pasukan Real Madrid dan juga kini ditugaskan sebagai ketua pasukan kebangsaan Sepanyol. Tugasnya menjadi lebih penting apabila wataknya diperlukan bagi membina pasukan mantap di atas padang, dengan permainan hantaran pendek dan tepat yang menarik, mampu memberikan asakan kepada pihak lawan.

Buffon yang mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam pertandingan bola sepak berkelas dunia, juga mampu membawa pasukannya muncul juara edisi kali ini. Buffon yang mewakili Juventus juga mempunyai reputasi baik apabila memenangi kejuaraan Seria A tahun ini dan pernah dianggap sebagai penjaga gol terbaik di Itali dan mungkin juga di dunia. Tidak mustahil Buffon mampu dijadikan pendorong semangat buat rakan sepasukan untuk berjuang membawa pulang piala berprestij itu ke Itali.




SIAPA JUARA?

Pasukan manakah yang layak digelar juara Euro 2012? Adakah Sepanyol yang membawa pulang piala kebanggaan Eropah itu pulang ke Negara Andalusia itu? Atau Itali yang dianggap bukan pasukan pilihan juara, yang akan membuat kejutan merangkul kejuaraan tersebut? Kita nantikan perlawanan akhir antara pasukan Sepanyol dan Itali pada 2 Julai nanti.




# Harap jangan ada Messi lagi di final nanti. =)




pensil-tekan.blogspot.com



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com