Alhamdulillah selesai sudah pengajian saya di IPG Kampus
Perlis sebagai seorang pelajar maktab. Setelah berjaya melalui saat-saat
terindah pengajian di sana, di samping pengalaman praktikum yang amat berguna,
saya juga telah mengharungi ketikanya peperiksaan demi peperiksaan yang pernah
saya hadapi di universiti dulu. Syukur kepada Allah SWT kerana telah
dipermudahkan segala urusan saya hingga ke saat ini.
Namun, ada satu lagi peringkat yang perlu saya dan
rakan-rakan seperjuangan hadapi iaitu sesi temuduga untuk lantikan ke DG41 oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Dulu masa mula-mula minta jawatan guru jQAF
sudah ada sesi temuduga. Waktu itu mungkin baru lepas habis universiti,
semangat dan yakin berucap itu masih ada. Tapi sekarang dah lama tinggalkan
keadaan itu, terasa gugup pula. Aduh. Saya yakin ada di kalangan rakan-rakan
juga yang merasai apa yang saya rasa. Oleh itu, ingin saya kongsikan di sini
beberapa panduan atau tips untuk menghadapai temuduga SPP ini dengan jayanya,
insyaAllah.
SKEMA PEMARKAHAN TEMUDUGA SPP
Ini saya jumpa dalam internet, tak pasti sama ada betul atau
tidak skema tersebut. Untuk persediaan, bolehlah diambil item-item pemarkahan ini.
1) Etika pakaian/penampilan – 20 Markah
2) Cara penyampaian/persembahan/keyakinan – 20 Markah
3) Isu semasa/pengetahuan am – 20 Markah
4) Persediaan/pengetahuan fakta – 20 Markah
5) Laporan sulit pengetua – 20 Markah
Jadi, jumlah markah, 100 markah.
TIPS SEBELUM HARI TEMUDUGA
1) Lengkapkan dokumen yang diminta.
Saya kongsikan link ini untuk senarai semak yang boleh kita rujuk. [KLIK SINI]
2) Jaga kesihatan supaya sihat dan segar di pagi hari temuduga.
3) Seterika baju (kemeja dan slack untuk lelaki, baju kurung
untuk wanita) pada malam hari.
4) Lengkapkan baju tersebut dengan neck-tie (untuk
lelaki) dan jangan lupa, tanda nama mesti dipakai.
5) Tidur awal
TIPS SEMASA DI PUSAT TEMUDUGA
1) Semak semua keperluan temuduga (ikut seperti senarai semak dokumen di atas). Masukkan dalam fail/folder dengan kemas dan teratur.
2) Berpakaian kemas. Kalau ada blazer, boleh dipakai.
3) Jangan sombong dan jangan segan untuk berkenalan dengan
calon-calon yang lain.
4) Jangan bimbang dan terkesan dengan reaksi calon yang sudah
selesai. Kita perlu sentiasa bersedia dan menjadi diri kita yang berkeyakinan.
5) Bersedia dengan jawapan dan fakta dengan bertanya kepada
calon lain sebagai persediaan untuk ditemuduga. Analisis jawapan dan cuba buka
pemikiran untuk dikaitkan jawapan tersebut untuk dihuraikan di depan penemuduga
nanti.
6) Banyakkan doa dan selawat.
TIPS SEMASA DI DEPAN PENEMUDUGA
1) Beri salam hormat dan lemparkan senyuman sehabis manis
kepada penemuduga.
2) Minta izin untuk duduk.
3) Ucap terima kasih apabila diminta perkenalkan diri. Kemudian
perkenalkan diri mengikut keutamaan dan berkaitan dengan kerja. Contoh, nama,
kursus dalam pendidikan, mengajar sekolah mana, apa tugas anda di sekolah dan
lain-lain. Jangan diceritakan hal-hal yang tak perlu contohnya hobi, makanan
kegemaran dan sebagainya.
4) Untuk seterusnya, kita diajukan beberapa soalan yang
berkaitan dengan pendidikan. Waktu inilah yang akan menguji pengetahuan dan
keyakinan kita bercakap.
Dalam banyak blog yang saya baca, apabila mereka
menceritakan pengalaman sewaktu ditemuduga, mereka tidak mampu menjawab soalan
dengan tepat. Namun, apa yang penting ialah keyakinan dan sentiasa tenang
ketika memberikan jawapan.
Jika tidak yakin dengan jawapan kita, sentiasa mohon
maaf. Itupun setelah kita berusaha menjawap soalan yang diberikan. Jangan asyik
minta maaf sebab tak boleh jawap soalan tersebut. Berusahalah menjawap sekadar
pengetahuan dan kemampuan kita.
5) Apabila sesi temuduga telah selesai dan diminta untuk
keluar, sudahi sesi tersebut dengan ucapan terima kasih dan senyuman yang
menawan, serta jangan lupa untuk minta izin untuk keluar.
SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP
TERAS PENDIDIKAN NEGARA
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Wawasan 2020
- Islam Hadhari
KEMENTERIAN
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Kementerian Pengajian Tinggi
SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
- Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
- Perkembangan Pelajaran Masa Kini
SISTEM PELAJARAN MASA KINI
- Pendidikan Pra Sekolah
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Menengah
- Pendidikan Khas
- Program Pendidikan Khas
- Sekolah Sukan
- Sekolah Seni
- Pembestarian Sekolah
- Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi
- Pendidikan Swasta
- Pelan Induk Pendidikan
KURIKULUM
- Teori Pendidikan
- Kurikulum Prasekolah
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah
- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
- Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
- Pengurusan Kurikulum
- Program JQAF
- Kia2M
PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
- Asrama
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Biasiswa dan Pinjaman
- Program Bersepadu Sekolah Sihat
- Program Pemakanan Sekolah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Malaysia Teacher Standard
- PIBG
- Skim Baucer Tuisyen
PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- Gerak Kerja Kokurikulum
- Sekolah Harapan Negara
- Hari Guru
- Projek Nilam
- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
- Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
- Malaysian Teacher Standard MTS
URUSAN PERKHIDMATAN
- Perintah-Perintah Am
- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
- Arahan Perbendaharaan
- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
- Arahan Perkhidmatan
- Akta Acara Kewangan
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
TERAS PENDIDIKAN NEGARA
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Wawasan 2020
- Islam Hadhari
KEMENTERIAN
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Kementerian Pengajian Tinggi
SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
- Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
- Perkembangan Pelajaran Masa Kini
SISTEM PELAJARAN MASA KINI
- Pendidikan Pra Sekolah
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Menengah
- Pendidikan Khas
- Program Pendidikan Khas
- Sekolah Sukan
- Sekolah Seni
- Pembestarian Sekolah
- Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi
- Pendidikan Swasta
- Pelan Induk Pendidikan
KURIKULUM
- Teori Pendidikan
- Kurikulum Prasekolah
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah
- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
- Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
- Pengurusan Kurikulum
- Program JQAF
- Kia2M
PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
- Asrama
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Biasiswa dan Pinjaman
- Program Bersepadu Sekolah Sihat
- Program Pemakanan Sekolah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Malaysia Teacher Standard
- PIBG
- Skim Baucer Tuisyen
PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- Gerak Kerja Kokurikulum
- Sekolah Harapan Negara
- Hari Guru
- Projek Nilam
- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
- Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
- Malaysian Teacher Standard MTS
URUSAN PERKHIDMATAN
- Perintah-Perintah Am
- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
- Arahan Perbendaharaan
- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
- Arahan Perkhidmatan
- Akta Acara Kewangan
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
Saya rasa, kebanyakkan perkara di atas boleh kita baca dalam
modul-modul ketika belajar di IPG contohnya dalam subjek Ilmu Pendidikan. Dalam
subjek Pengajian Islam pun ada. Untuk maklumat tambahan, rajin-rajinlah cari di
dalam buku-buku rujukan dan di internet.
Klik pautan di bawah untuk bacaan tambahan.
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Teori Pengajaran dan Pembelajaran
- Teori Pembelajaran
- Teori Dan Model P&P
- Teori Pembelajaran
Link ini juga saya kongsikan untuk memberikan kita panduan temuduga dengan lebih terperinci. Terima kasih atas perkongsian yang berguna.
Semoga kita semua berjaya dalam temuduga ini dan berjaya
menjadi pendidik yang mendidik dengan didikan yang terbagus. InsyaAllah, Amin.
Wallahu’alam. Sekadar ingin berkongsi.
pensil-tekan.blogspot.com
4 comments:
terima kasih... semoga berjaya utk semua calon2 temduga
tq..byk info yg berguna :-)
@bakal cikgu
sama2.. insyaAllah m0ga Allah permudahkan urusan temuduga SPP nanti.. =)
@Hafizah Abu Bakar
u'r welcome.. m0ga bermanfaat tuk semua.. =)