23 July 2012

Petua Islam Untuk Anak Menjadi Bijak





   Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

    Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

   Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

   Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

   Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.



SUMBER: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama



Bacaan Surah Yasiin Malam Jumaat

Saya pernah ditanya berkenaan bacaan yasiin pada setiap malam Jumaat. Mungkin yang bertanya ingin tahu, adakah perbuatan bacaan yasiin pada malam-malam jumaat itu dituntut dan sebahagian dari sunnah nabi. Mungkin juga beliau ingin tahu, apakah salah orang yang menjadikan bacaan yasiin malam jumaat, sebagai amalan mingguan atau kewajipan dalam amalan. Jadi pada kali ini, saya akan memberikan jawapan sekadar yang saya mampu berdasarkan dalil-dalil dan hujah yang berkaitan dengannya.

Memang tidak dinafikan, bacaan yasiin pada setiap malam Jumaat, telah menjadi adat kebiasaan bagi orang-orang Melayu, bahkan ia telah mula diamalkan sejak dari dulu lagi. Tidak sah kalau tidak dibacakan yasiin pada malam-malam Jumaat. Serba tidak lengkap. Saya pernah bertanya kepada seorang pakcik di kampung saya, “Pakcik, kenapa perlu baca surah yasiin pada malam Jumaat? Kenapa tidak dibacakan surah lain? Maksudnya, tidak ditetapkan hanya surah yasiin dibacakan pada malam Jumaat.” Kata pakcik tersebut dengan ringkas, “Dah memang dari dulu lagi orang duk baca surah yasiin, kita ikut saja la.”

Sumber: Google Search



20 July 2012

Manual Puasa

Alhamdulillah, dapat juga bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkataan, iaitulah bulan Ramadhan al-Mubarak. Sesungguhnya, kesyukuran yang tertinggi kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita peluang dan kesempatan untuk berada di bulan yang telah dijanjikan dengan ganjaran dan pengampunan yang berlipat kali ganda. Pada bulan inilah, umat Islam akan menyambutnya dengan penuh riang dan kesyukuran kerana inilah bulan ‘pesta ibadah’.

Pada bulan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa di siang hari. Oleh itu, ingin saya kongsikan manual berpuasa untuk panduan pembaca sekalian. Mungkin adakalanya kita terlepas pandang atau terlupa atau sebagainya. Semoga kita dapat memperbaiki amalan puasa kita serta amalan-amalan lain agar diterima Allah SWT hendaknya, insyaAllah.





19 July 2012

Waktu Makruh Bersolat

Sunnah Nabi Muhammad melarang dilakukan solat dalam lima waktu. Tiga daripadanya disebut dalam sebuah hadis dan dua lagi dalam dua hadis yang lain.

Gambar Hiasan


Tiga waktu yang dilarang itu disebut dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani yang bermaksud,

“Tiga waktu yang Rasulullah saw melarang kami bersembahyang dan mengkebumikan orang yang meninggal, iaitu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga tergelincir dan ketika matahari hampir terbenam.”

Ketiga-tiga waktu ini adalah khusus pada dua perkara, iaitu mengkebumikan mayat dan solat.



18 July 2012

Bacaan Basmallah Dalam al-Fatihah Ketika Solat

Dengan nama Allah yang menjadikan segala makhluk sama ada di langit dan bumi, serta menjadikan ilmu pengetahuan terbentang luas bagi dicari dan dihayati makhluknya. Saya ingin membicarakan sedikit mengenai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita kini iaitu masalah bacaan Basmallah di permulaan bacaan surah al-Fatihah ketika solat. Adakah ianya termasuk dalam bid’ah yang ditegah? Adakah jika seseorang membaca ‘Bismillah’ di permulaan al-Fatihah, akan terbatal solatnya, ataukah sebaliknya?

Gambar Hiasan

Di sini saya akan memberikan hujah-hujah yang telah dikaji dan diberikan oleh para mujtahid serta ilmuan Islam berkaitan bidang ini. Saya akan membawakan pendapat dari Imam kita yang empat iaitu Imam Hanafi, Imam Syafie, Imam Hanbali serta Imam Maliki. Ianya akan disertakan dengan dalil-dalil sama ada dari al-Quran dan as–Sunnah yang telah dijadikan hujah bagi keempat-empat Imam muktabar ini.

Amatlah diharapkan agar kita dapat menerima dan mengambil ilmu pengetahuan ini secara profesional dan ilmiah. Saya bukanlah berniat untuk mencari kesalahan atau kekurangan mana-mana mazhab, namun niatnya hanyalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang begitu luas ini.



Mandi Hadas/Mandi Wajib

Mandi hadas/wajib adalah sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Jika tidak diambil berat dan tidak dilakukan, akan menyebabkan amal ibadah kita tidak diterima. Oleh itu, ingin saya kongsikan ilmu berkenaan mandi hadas/wajib ini. Saya sampaikan ilmu ini dengan berkonsepkan soal-jawab untuk memberi lebih maklumat secara ringkas, insyaAllah. Moga bermanfaat.





16 July 2012

Menahan Marah

Menahan marah dan memaafkan bukan perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah bermaksud:

Tetapi, siapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.- (as-Syura: 43)

Justeru, wajar orang mampu menahan marah dianggap gagah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bukan gagah itu orang yang mengalahkan orang berlawan, akan tetapi gagah itu ialah orang yang mampu menahan marah daripada dirinya."

Perasaan marah sifat semula jadi manusia. Marah ada tempatnya mengikut kadar paling minimun. Memang ia tidak boleh dibuangkan terus dari dalam diri. Apa yang mampu dilakukan ialah menahan ia daripada merebak hingga membinasakan diri. Jika dizahirkan kena pada tempatnya, marah mendatangkan kebaikan.

Perasaan marah tergolong sifat muzmumah yang mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan. Imam Ghazali membahagikan marah kepada tiga kategori. Pertama, cepat marah tetapi cepat hilang marah. Kedua, lambat marah dan lambat redanya, manakala ketiga ialah lambat marah tetapi cepat hilang marah. Maka kategori ketiga lebih terpuji.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com