24 May 2012

Siapa Irshad Manji?

Semenjak dua menjak ini, sering kita dengari nama IRSHAD MANJI. Di berita-berita utama, tak kira dalam media elektronik mahupun media cetak, rata-rata membincangkan nama Irshad Manji. Jadi, siapakah insan yang bernama Irshad Manji?  Apa faktor yang menyebabkan namanya menjadi sebutan kini? Mulanya saya agak kurang berminat untuk mengetahui latar belakang beliau, namun setelah mengetahui ideologi dan pemikiran beliau yang agak bertentangan dengan agama Islam, maka saya telah membuat beberapa carian di Google berkenaan Irshad Manji. Inilah beberapa perkara yang dapat saya kongsikan info berkaitan isu ini.

Irshad Manji

LATAR BELAKANG

Nama beliau Irshad Manji. Dilahirkan di Uganda pada tahun 1968. Beliau seorang berfahaman Islam Liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Beliau merupakan rakyat Kanada. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah intelektual dari University of British Columbia.

Irshad secara terbuka mengakui dirinya seorang lesbian. Beliau juga mendakwa, agama Islam menerima perbuatan seks songsang serta meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Projek Ijtihad, sebuah pertubuhan yang diasaskannya juga bertujuan mempromosikan pemikiran kritis, perbezaan pendapat serta perdebatan tentang ajaran Islam. Pertubuhan itu turut disokong golongan reformis Islam dan penganut-penganut agama lain.

Buku beliau yang bertajuk ‘Allah, Liberty & Love’ (Allah, Kebebasan & Cinta) telah mencetuskan kontroversi di Malaysia. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah merampas buku-buku tersebut kerana kandungannya boleh merosakkan akidah pembaca serta bercanggah dengan syariat Islam. Beliau juga pernah menghasilkan buku bertajuk ‘Permasalahan Islam Hari Ini’ juga pernah diharamkan di Malaysia. Kenapa begitu? Baca lagi.




ADA APA DENGAN IRSHAD MANJI?

Irshad Manji dikatakan memperjuangkan idealisme yang sama dengan Salman Rusdie, penulis novel ‘The Satanic Verses’.  Siapa pula si Salman Rusdie ni? Jom kita baca sikit. Salman Rushdie seorang penulis novel ‘The Satanic Verses’ yang diterbitkan pada 1988, yang secara terang-terangan menghina Nabi SAW. Seluruh dunia termasuk di Malaysia membuat bantahan besar-besaran terhadap kejahatan yang dilakukan si Salman Rushdie ini. Jadi apa kaitannya Salman Rushdie dengan Irshad Manji ini? Kaitannya ialah idealogi, pemikiran dan fahaman mereka yang disampaikan melalui pena, boleh merosakkan akidah kita umat Islam.

Irshad Manji berpendapat agama Islam menerima homoseksualiti dan meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Ini merupakan tema projek liberal beliau yang dibawa ke setiap negara. Kehadiran Irshad Manji sedang dirancang oleh golongan LGBT (gay dan lesbian) di merata-rata laman sosial untuk diraikan dan kita sebagai umat islam tidak seharusnya memandang sebelah mata tentang perkembangan perkara ini apatah ia akan berlaku di hadapan mata kita.


PANDANGAN ISLAM YANG TIDAK ISLAMIK

Jika dilihat dari hasil tulisan beliau, ada aspek-aspek tertentu yang menyentuh soal agama Islam. Namun keseluruhan tulisan beliau adalah menjurus kepada ideologi persamaan hak antara lelaki dan perempuan dan yang berkaitan dengannya, yang dikupaskan secara tidak selari dengan agama Islam. Sememangnya inilah pandangan Islam yang bukan Islam. Dan ini amat merbahaya kepada kita umat Islam.

Jika dilihat pada imejnya, kalau betul beliau memperjuangkan Islam mengikut jalan yang betul (berdasarkan al-Quran dan Sunnah), sudah pasti beliau tidak akan melakukan perbuatan yang berdosa (membuka aurat) dan yang lebih penting, beliau sepatutnya tidak menyokong golongan-golongan gay dan lesbian yang sudah pasti dilaknat oleh Allah di dalam KitabNya. 


Inilah musuh dalam selimut yang perlu diberikan perhatian penuh. Kita perlu mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan ideologi-ideologi sebegini yang boleh memudaratkan akidah dan pegangan kita semua. Rajinlah bertanya dan berkongsi maklumat dengan orang lain. Apa yang paling penting, kita umat Islam perlu bersatu dalam apa jua keadaan. Kerana musuh itu datang dari pelbagai cara dan arah. Semoga Allah merahmati dan menyelamatkan kita dari tipu daya musuh-musuh kita.

Mohon tunjuk ajar dan teguran jika saya ada kesilapan dalam memberikan fakta.

Kalau rasa-rasa tulisan ini bermanfaat, silalah ‘share’ dan ‘like’. =)


pensil-tekan.blogspot.com





2 comments:

SITUS ISLAM OMA SUPARTANA said...

Irshad Manji meneyerukan LIBERALISME DAN GENDER. Faham yang bertentangan dengan Islam. Follow my blog SITUS ISLAM

Pensil Tekan said...

@SITUS ISLAM OMA SUPARTANA

betul tu saudara.. saysa setuju..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com