16 June 2012

Ada Apa Dengan Resdung?

Resdung, antara penyakit yang paling ramai dihadapi di dunia. Setiap tahun, berjuta-juta orang dijangkiti penyakit ini. Saya sendiri tidak terkecuali. Sungguh, penyakit ini kadang-kala menyukarkan hidup saya dan saya percaya orang lain juga begitu. Pada waktu pagi, selalunya gejala bersin akan menyerang. Kemudian, akan berasa sakit kepala dan hidung akan berair. Sewaktu itu jugalah ia amat menguji kesabaran apabila berhadapan dengan tugas dan orang ramai.



APA ITU RESDUNG?

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Rongga-rongga ini terletak di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Ini termasuklah di pipi bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Sinus (rongga-rongga) berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalurkan ke dalam hidung. Jika saluran ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria.




PUNCA RESDUNG

1) Alahan
Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasite (demodex) dan kutu.

2) Struktur hidung yang tidak normal
Yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

3) Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas
Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

4) Tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar.


KAEDAH MENGURUS RESDUNG

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.



PETUA MENGUBATI RESDUNG

Saya ada mencari petua-petua merawat resdung, dan saya terjumpa artikel ini. Saya kongsikan dengan semua, walaupun saya sendiri belum mencubanya. Jom kita cuba sama-sama.

1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.
2. Lepas tu, picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.
3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.
4. Seterusnya ia diikuti dengan membasuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya ya.
Amalkan langkah ini setiap hari sehinggalah penyakit resdung anda beransur pulih. :)

Mungkin cara di atas ni anda dah pernah dengar atau baca. Jadi, saya nak kongsi lagi satu cara mengubati resdung sebagai alternatif;

1. Anda perlukan dua biji buah pinang yang sudah masak.
2. Kemudian, ambil bahagian kulitnya saja ya.
3. Potong dan hiris kulit buah pinang tadi hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.
4. Seterusnya, campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.
5. Akhir sekali, anda bakarkan campuran tadi dan sedut asapnya.

Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung anda. Mudah-mudahan rasa pedih itulah yang menjadi penawar resdung anda.


pensil-tekan.blogspot.com



3 comments:

Unknown said...

Saya pun selalu kena resdung. Resdung saya jenis keluar air jernih meleleh ikut hidung, pastu bersin tak henti-henti. Daripada orang tua-tua yang pernah saya dengar, resdung ialah sejenis penyakit yang tidak akan hilang buat selama-lamanya walaupaun kita amalkan petua terhebat dan makan ubat paling mahal. Ia boleh lega, tapi tak lama, paling kuat 2 bulan bertahan pastu resdung tu akan datang balik pada kita bila-bila masa saja setelah kesan ubat yang kita ambil tu hilang dari tubuh badan kita.

Kita cuma boleh ikhtiar ubatinya, biarpun lega sekejap, jadilah.. Asalkan boleh bernafas lancar macam orang lain untuk 2-3 hari pun dah kira syukur sangat-sangat.. Begitulah perasaan orang-orang yang ada penyakit ni..

Di sini, saya nak beritahu kawan-kawan semua tentang satu ubat resdung yang saya anggap sebagai ubat resdung yang terbaik di dunia. Saya berani gerenti, ia merupakan ubat resdung terbaik yang pernah saya jumpa dalam pasaran. Kalah ubat sinus yang dijual kat farmasi tu. Saya dah rasa dan pernah syor pada ramai kawan-kawan saya dan diorang pun kata ia sangat mujarab!

Boleh cari ubat tu kat link ni,sebab orang tu dah jual online. Dulu saya terpaksa balik kedah nak cari ubat ni.
(https://www.facebook.com/ubatresdungmujarab)

Saya bukan nak promote ke apa ke, orang yang buat ubat tu bukan adik beradik saya pun. Tapi pengalaman saya makan ubat tu , saya beli ubat tu sebotol .Bila bekalan ubat saya tu habis, saya stop makan ubat tu, tapi yang bestnya walaupun saya dah stop makan ubat tu, resdung saya hilang selama 5 bulan. Lepas 5 bulan tu barulah beransur-ansur resdung saya datang balik. Cuba bayangkan, tu baru makan sebotol. Cuba bayangkan kesannya kalau kita amalkan tanpa henti.

Kelebihan ubat ni ialah: Kita amalkan makan ubat ni lepas sarapan pagi, masuk hari ketiga resdung kita mula beransur hilang. Kena hujan pun kita tak akan selsema, seolah-olah antibody kita dah kuat. Makan lah bapak ketam ke, udang lipan ke, lobster ke, sambal belacan ke, otak udang ke.. memang tak ada apa-apa.. Memang kebal gila.. Masa tu anda akan rasa hidup anda bahagia sangat-sangat.. :)

Try la, kita hanya berusaha.. Allah yang izinkan..

Unknown said...

Amalan menyedut air tu sepatutnya diamalkan setiap kali mengambil wuduk. Bukan sekadar memasukkan air sahaja. Betul tak?.. Islam tu sangat indah. walau sekecil perkara tetapi mengandungi hikmah yang sangat hebat. wabs.

safiah adibah said...

Ada cara berkesan untuk hilangkan resdung ni. Saya dah cuba. Udang dah boleh makan tak gatal lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com