Sedang Rasulullah dan sahabat-sahabatnya duduk bersama, mereka telah
didatangi seorang wanita kuffar. Lalu diberikan beberapa biji buah limau
sebagai hadiah kepada Baginda dan para sahabat.
Sesiapa yang melihat pasti teringin untuk merasainya. Luaranya tampak elok dan sempurna. Baginda terus menikmatinya seulas demi seulas sambil diiringi lirikan senyuman di bibir Baginda. Para sahabat hanya memerhatikan dalam kehairanan.
Sesiapa yang melihat pasti teringin untuk merasainya. Luaranya tampak elok dan sempurna. Baginda terus menikmatinya seulas demi seulas sambil diiringi lirikan senyuman di bibir Baginda. Para sahabat hanya memerhatikan dalam kehairanan.
Tiada sebiji limau pun yang Baginda tawarkan kepada para sahabat. Sedangkan Baginda amat terkenal dengan sikap dermawan. Habis semuanya dimakan oleh Baginda.
Seusai Baginda makan dan mengucapkan
terima kasih, wanita itu beredar. Para sahabat bertanya kepada Baginda
mengenai sikapnya itu.
Sambil tersenyum Baginda menjawab:
"Sebenarnya limau yang aku makan sebentar tadi amat masam rasanya. Aku
khuatir sekiranya kalian makan bersamaku tadi, pasti ada antara kalian
yang akan tidak tahan dengan rasa masam limau itu dan akan memarahinya.
Aku bimbang sikap itu akan menyinggung perasaan wanita itu, sebab itu
aku habiskan semuanya."
Sebenarnya wanita itu pulang dalam
keadaan sangat kecewa kerana misinya untuk memburukkan Baginda dan para
sahabat tidak berjaya. Baginda hanya tersenyum dan langsung tidak
memperkecilkan pemberiannya. Bahkan Baginda mengucapkan terima kasih
pula.
Hikmah Dari Kisah: "Akhlak yang baik menunjukkan jiwa dan
hati yang baik. Jiwa dan hati yang baik mewujudkan jasad dan tubuh yang
sihat. Akhlak baik = hati baik = jasad sihat! InsyaAllah..."
No comments: