10 November 2013

Bukti Kuasa Allah: Jenazah Sempurna

SEGAMAT – Sekumpulan ahli keluarga yang membantu kerja-kerja menggali semula Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini semalam terkejut apabila mereka menemui 12 jenazah termasuk seorang guru Al-Quran yang masih lagi sempurna.



08 November 2013

Rahsia Dan Kelebihan Ais

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.



06 November 2013

Senarai Semak Puasa Sunat 1435H

Alhamdulillah kita telah masuk ke tahun baru 1435 Hijri. Bersempena dengan kedatangan tahun baru ini, marilah sama-sama kita tambahkan serta tingkatkan lagi amalan-amalan kita terutamanya amalan sunat bagi mengisi kelompangan dalam amalan-amalan wajib kita.

Di sini saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan sekalian senarai semak puasa sunat untuk tahun 1435H ini. Moga amalan kita diterima oleh Allah SWT hendaknya.



05 October 2013

Kisah Rasulullah Dan Limau

Sedang Rasulullah dan sahabat-sahabatnya duduk bersama, mereka telah didatangi seorang wanita kuffar. Lalu diberikan beberapa biji buah limau sebagai hadiah kepada Baginda dan para sahabat.

Sesiapa yang melihat pasti teringin untuk merasainya. Luaranya tampak elok dan sempurna. Baginda terus menikmatinya seulas demi seulas sambil diiringi lirikan senyuman di bibir Baginda. Para sahabat hanya memerhatikan dalam kehairanan.



04 July 2013

Dosa-dosa Dr. Muhammad Mursi

Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang.

Berikut tulisan lengkapnya:



04 June 2013

Mencari Keberkatan Dalam Majlis Perkahwinan

Sudah menjadi satu rutin bagi kita masyarakat malaysia bila hampir sahaja musim cuti persekolahan pasti berderet-deret kad undangan walimatul urus yang diterima, kadang-kadang dalam satu hari ada dua atau tiga undangan yang perlu dihadiri. Sememangnya sebagaimana yang kita ketahui Perkahwinan itu adalah Sunnah, Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya.



28 May 2013

Berakhlaklah Kepada Ibu Bapa Kita

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang sudi membaca dan berkongsi ilmu di blog saya ini. Terima kasih sudi melawat blog saya yang tak seberapa. Untuk entri kali ini, saya akan cuba menulis bagi menjawab satu persoalan yang telah ditanya kepada saya di Facebook oleh seorang sahabat saya mengenai isu seorang pelakon yang dikatakan telah derhaka kepada ibunya. Isu ini telah heboh dan hebat diperkatakan di media-media sekarang. Oleh kerana itu, saya ingin memberikan beberapa respon mengenai isu ini. 

Persoalan yang utama dari kisah ini ialah kebenaran cerita yang telah didedahkan kepada kita iaitu siapa yang salah dan siapa yang patut dipersalahkan? Jika mengikut cerita yang bermain di media-media, memang jelas bahawa pelakon tersebut yang bersalah dan telah mendapat reaksi pelbagai pihak yang mengatakan bahawa beliau boleh dilabel sebagai seorang anak yang derhaka kepada ibunya. 

Persoalan kedua ialah bagaimana isu ini diselesaikan? Jika dilihat dari laporan-laporan media, apa jua pendapat mahupun luahan yang ingin disampaikan, tidak kira sama ada dari pihak pelakon tersebut atau pihak ibunya, mereka menggunakan media yang sememangnya begitu mudah untuk disebarkan. Pertelingkahan antara kedua beranak ini menjadi satu isu besar apabila dimainkan di media-media seperti di Facebook dan blog-blog.

Respon saya dalam isu ini, sudah sememangnya seorang anak kepada ibunya, tak kisahlah siapa pun dia, pelakon, penerbit, pelajar, guru, ahli politik atau sebagainya, setinggi mana pun jawatan yang dipegang, semulia mana pun dia di pandangan orang, tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidak boleh diabaikan. Inikan pula berkenaan maruah dan air muka ibu bapa. Seorang anak sangat perlu menjaga tatacara akhlak supaya tidak memalukan ahli keluarga di khalayak masyarakat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com