‘’Bang, Fika terseksa bila abang buat Fika macam ni. Fika ajak abang jumpa kejap pun abang tolak. Dah lah tu, abang jarang-jarang je jawab panggilan Fika. Abang dah benci Fika ke?’’
‘’Fika, abang nak kembali pada kehidupan bersama kawan-kawan abang. Abang rasa lebih tenang bersama mereka. Dulu, abang cuba tinggalkan mereka tapi hidup abang jadi tak tenteram,’’
‘’Mereka lebih penting daripada Fika?’’. Umar terdiam. Sukar bibirnya melepaskan ucap.
‘’Abang akui, abang tak boleh lupakan Fika,’’
‘’Abang, jawab soalan Fika! Mereka lebih penting daripada Fika?’’
‘’Ya, Fika!’’ terperanjat Fika dengan jawapan yakin Umar.
‘’Menyampah! Fika benci abang! Fika benci semua lelaki! Fika boleh jadi gila kalau macam ni. Jangan terkejut kalau Fika bunuh diri…’’
‘’Fika, jangan jadi bodoh! Fika ingat bunuh diri tu boleh selesaikan masalah? Berlambak lagi masalah dalam alam barzakh. Fika cakap, Fika nak berubah dan perlukan bimbingan. Fika dah cari Asiah Yusro seperti yang abang suruh?’’
‘’Abang, kenapa Fika perlu cari perempuan tu? Fika tahu, kawan yang lebih penting dari Fika yang abang maksudkan tadi ialah dia. Abang tak perlu berdalih lagi. Abang sengaja nak sakitkan hati Fika. Abang suruh Fika mencari orang yang telah merampas abang dari Fika?! Kalau Fika cari pun, Fika akan ajar dia!’’ hati yang sarat dendam tersurat daripada kata-kata Fika.
‘’Astargfirullah. Fika, tak baik sangka yang bukan-bukan. Abang cuma berharap agar Fika boleh menerima bimbingan darinya….untuk kebaikan Fika juga,’’
‘’Kenapa dia yang harus bimbing Fika? Kenapa tidak abang?’’
(Perempuan ni sebenarnya belum bersedia ditarbiyyah. Dia ada niat lain. Hatinya berajakan nafsu. Ini boleh menjadi hijab untuknya menerima hidayah. Dia perlu ada kesediaan hati dan keikhlasan niat)
‘’Fika, Fika perlu ikhlaskan niat kalau nak kebaikan. Ini bukan nokhtah bidayah atau titik mula yang betul untuk berubah. Matlamat tak menghalalkan cara. Abang tak boleh nak bimbing Fika sebab fitnah bagi hati abang dan Fika jauh lebih hebat nanti. Jalan ni tak syaro’. Kita juga yang terhijab dari hidayah Allah, rugilah kita!’’
‘’Tapi bang, Fika dah pun berjumpa Asiah Yusro. Dia tak sanggup terima Fika untuk dibimbing. Fika ni terlalu kotor pada pandangannya. Macam-macam dihinanya Fika. Dia seakan jijik melihat pakaian Fika. Fika tahu Fika tak semulia dia, tapi salahkah Fika mengharapkan bimbingannya? Bang, hati Fika benar-benar terguris dengan sikapnya. Fika tak nak jumpa dia lagi. Fika serik,’’ Fika berbohong dengan esak tangis yang dibuat-dibuat untuk mencairkan hati Umar.
(Boleh percaya ke perempuan ni?) Umar ragu-ragu.
‘’Bang, kasihanlah pada Fika. Fika benar-benar ikhlas perlukan bimbingan. Abang bimbinglah Fika. Fika akan sanggup lakukan apa saja yang abang suruh. Kalau abang nak suruh Fika pakai pakaian macam Asiah Yusro pun, Fika akan pakai. Fika hanya perlukan bimbingan abang!’’
‘’Ahh, jangan buat sesuatu kerana abang! Semua amal kena ikhlas kerana Allah. Kalau Fika nak ubah cara berpakaian Fika pun, perlu dengan ilmu dan hujjah, bukan ikut-ikutan atau disuruh orang,’’
‘’Bang, Fika akui Fika jahil tentang semua tu. Bagaimana Fika boleh berubah tanpa bimbingan orang seperti abang? Bang, tolonglah… Fika rasa Fika perlu sangat-sangat jumpa abang. Fika nak pinjam buku-buku agama yang abang miliki. Fika betul-betul nak berubah, bang! Jangan biarkan Fika hanyut. Kasihanilah Fika…’’
Pujuk rayu Fika berjaya juga mengusik hati Umar. Dia tewas untuk kesekian kalinya. Pertemuan akhirnya diatur dengan Fika.
******************************************************************
(Kenapa rasa tak sedap hati ni? Asyik nampak muka Banna dan yang lain-lain je. Ucapan-ucapan aku kat Sekolah Taman Islam pula, selalu kedengaran kat telinga ni. Ada apa-apa yang akan berlaku ke nanti? Allah redho ke tak ni?)
(Alah, aku jumpa Fika pun untuk bantunya pada kebaikan. Sekejap je. Bukan nak buat apa-apa yang tak baik)
Hati Umar sedang diperangi bisikan-bisikan antara syaitan dan malaikat.
Umar mencari-cari kelibat Fika. Kedudukan orang ramai berselerak di sungai Ulu Yam menyukarkannya menemui Fika. Sudah setengah jam Umar menanti. Dia membuka beg galas yang disandangnya, mencari handset. Dia ingin membuat sms kepada Fika. Namun, handsetnya tiada.
(Eh, macam mana boleh hilang?) Otak Umar ligat berfikir. Dia cuba mengimbas kembali kali terakhir dia memegang handsetnya. Memang sah, dia meletakkannya di dalam beg itu.
(Peliknya…macam mana boleh hilang? Dicuri penyeluk saku kah?)
(Astargfirullah. Mungkin ini balasan Allah. Handset tu selalu aku gunakan untuk tujuan maksiat. Aku dah salah gunakan teknologi sms. Allah Maha Halus ujian-Nya, mungkin Dia tak nak aku buat maksiat lagi….mungkin inilah tanda cinta-Nya) Umar terkenang akan dosa-dosanya. Di saat-saat susah begitu, Umar pantas teringatkan Allah. Dadanya sebak mengenangkan cinta Allah yang sentiasa hadir bersamanya walaupun dia cuba menderhaka lagi. Penyayang-Nya Allah.
‘’Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku…
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandangan-Mu….’’ Lidah Umar mengungkap sepotong nasyid. Kemudian, Umar termenung di tepi sungai Ulu Yam, di atas sebuah batu besar. Dia tidak lagi terfikir untuk mencari Fika. Wajahnya kelihatan risau.
(Handset hilang… Pedih menerima satu kehilangan. Hati jadi sedih. Ahh, bodohnya aku! Kenapa aku tak merasai kehilangan seperti ini ketika aku cuba lari dari hidayah Allah dulu??? Bertahun-tahun hidupku tak keruan. Aku tak menyumbang apa-apa untuk agama Allah. Siapa yang nak bayar harga kerugian itu? Aku kehilangan rahmat dan hidayah Allah kerana aku sendiri cuai menjaganya. Baru aku sedar bahawa aku tak cukup ikhlas mencari hidayah Allah di Taman Islam. Hatiku ada hijab. Aku lebih mendamba cinta Asiah Yusro daripada cinta Allah. Aku remehkan soal keikhlasan hati dan mazmumah yang ada tak sepenuhnya kukikis. Kubiarkan ia bersarang. Akhirnya, ia merebak dan meracuni hati.Lalu, Allah asingkan aku dari rahmat-Nya seketika. Azab rasanya! Aku lemas dalam lautan cinta buta yang sementara. Mujurlah, Dia masih sudi memimpinku kembali. Aku tahu, cinta-Nya padaku tak pernah bertepi. Cuma aku yang tak menghargai. Cukuplah…aku tak mahu kehilangan lagi. Ya Allah, Kaulah cintaku!) Hati Umar bermadah pilu. Rasa kehambaan berkunjung datang. Rahmat Tuhan.
Tiba-tiba…
‘’Uwarghhhhhhhh…..’’ Fika menyakat Umar dari belakang. Wajahnya ceria. Pakaiannya seksi menggoda. Rambutnya lurus melepasi bahu, diwarnakan perang. Kedua-dua tangannya erat memegang bahu Umar. Umar segera menepis kasar.
‘’Hey, tak boleh sentuh lah!’’
‘’Alah, bang! Fika tak sentuh kulit abang pun, kena baju je,’’ Fika merengek manja.
‘’Perbuatan tu tetap berdosa! Fika tak takut Allah?’’suara Umar meninggi. Setinggi suaranya mengeluarkan arahan sebagai Ketua Pengawas di Sekolah Taman Islam dulu. Dia tidak mahu tertewas lagi.
‘’Abang marah Fika? Fika dah tekad, Fika nak bunuh diri!’’ Fika terus bertindak melompat ke dalam sungai Ulu Yam dan mula terkapai-kapai meminta tolong. Umar panik. Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun untuk menyelamatkan Fika. Fika memeluk erat tengkuk Umar sambil ketawa berdekah-dekah.
‘’Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha… Hari tu abang kata Fika bodoh sebab nak bunuh diri. Tengok hari ni, abang pun bodoh jugak sebab percaya Fika lemas. Sungai Ulu Yam ni ceteklah, bang. Mana boleh lemas!’’.
Umar tertipu. Dia bertekad untuk bertindak tegas dengan gadis itu kali ini. Dia cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Fika.
‘’Biar abang rasakan hangatnya cinta Fika. Fika takkan lepaskan abang kali ni. Tak de lelaki yang pernah menang dengan pelukan Nur Syafika. Ha ha ha ha ha ha…’’ pelukan Fika semakin erat. Mereka bergelut di dalam air.
‘’Fika, jangan paksa abang berkasar dengan perempuan,’’ Umar memberi amaran.
‘’Abang, jangan tipu diri sendiri. Dengar suara hati…abang bahagia dipeluk Fika macam ni, kan?! Ha ha ha ha ha….’’. Umar hilang kawalan. Dia geram lalu menampar pipi Fika sekuat hati. Tenaga lelakinya membuatkan mulut Fika berdarah. Fika terkesima, terdiam dari tawanya. Umar segera mencari daratan.
‘’Mulai saat ni, aku tak nak lagi kau ada dalam hidup aku. Syaitan!’’ Umar mampu berkata ‘tidak’ kepada nafsunya kali ini.
‘’Abang….’’ Fika menangis teresak-esak. Fika berlari dari dalam air lantas mengejar Umar. Pakaiannya yang agak ketat semakin melekat di badan kerana basah kuyup. Tergoda iman lelaki.
Fika berjaya mendapatkan Umar lalu dipeluknya kaki Umar seerat mungkin. Badannya direbahkan ke tanah. Umar tidak dapat meneruskan langkah. Dia tidak sampai hati menolak Fika dengan kakinya. Di tambah pula dengan tangisan Fika berjaya melembutkan hatinya daripada berkasar lagi. Dia menyesal kerana mencederakan gadis itu. Aksi itu menjadi tarikan pelawat-pelawat yang lain. Fika tidak menghiraukan mata-mata yang asyik memerhati. Dia masih menangis dan terus memujuk rayu.
‘’Fika, abang minta maaf kerana tampar Fika. Abang tak patut buat macam tu!’’ Umar melembutkan suara.
‘’Abang, Fika tak kisah semua tu. Kalau abang nak bunuh Fika sekalipun, Fika akan menyerah diri. Fika cuma sayangkan abang. Abang, dengarlah suara hati Fika ni, Fika cintakan abang….’’ tangisan Fika terus berlagu hiba.
(Ahh, aku kena kuat untuk berkata ‘tidak’)
‘’Fika, bangunlah….’’ Fika akur dengan suruhan Umar. Hatinya menyangka Umar telah termakan pujukan.
‘’Fika, dengar sini…abang terpaksa buat dua pilihan antara cinta Fika dan cinta Allah. Abang memilih cinta Allah! Abang harap, abang akan bebas dari bayangan Fika. Abang tak nak jumpa Fika lagi. Cukuplah dengan dosa-dosa kita selama ni. Pesan abang yang terakhir, ingatlah….cinta Allah takkan mengecewakan!’’ Umar berlalu meninggalkan Fika.
Tangisan Fika semakin teresak-esak kedengaran.
‘’Bang Umar, sampai hati abang! Fika tetap sayangkan abang sampai bila-bila…’’ laungan Fika tersekat-sekat dalam esak tangisnya. Umar memejam mata seketika. Hati Umar sangat simpati terhadap Fika.
(Ah, tidak! Tidak! Tidak!) nafsunya dibantah tegas. Kakinya laju melangkah tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
‘’Abang, Fika perlukan abang. Fika cintakan abang…’’ Fika menjerit tak keruan. Bagaikan orang gila lagaknya. Tiba-tiba langkah Umar terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Kakinya melangkah kembali kepada Fika. Adakah Umar kan tewas lagi?
Fika tersedu-sedan melihat Umar berpatah balik menuju ke arahnya. Bibirnya cuba mencipta senyuman. Air mata yang laju membanjiri pipi cuba ditahan.
‘’Abang, Fika tahu abang kan kembali pada Fika. Cinta kita cinta sejati… Fika tak nak kehilangan abang lagi,’’ Fika terharu. Tangannya dibuka untuk menyambut kepulangan Umar ke sisinya.
‘’Abang…baliklah pada Fika. Fika cintakan abang!’’ lidahnya terus merayu. Langkah Umar semakin menghampirinya. Fika memejamkan mata dan tanganya masih terbuka supaya Umar boleh masuk ke dalam dakapannya.
’’Fika, buku-buku ni untuk Fika! Selepas ni, abang langsung tak mengenali Fika yang buruk perangainya seperti ini. Abang harap Fika boleh berubah menjadi Nur Syafika yang baru. Carilah cinta Allah…di situlah Fika kan temui cinta sejati yang Fika cari-cari selama ini…’’ selepas itu langkah Umar tidak terhenti lagi.
‘’Arghhhhhhhhhhh. Abang…..Fika cintakan abang!’’ Fika menjerit sekuat hati. Dilemparkan semua buku-buku pemberian Umar ke dalam sungai. Umar tidak menghiraukan.
(Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang berundur! Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernah Kau berikan kepada Yusof menghadapi Zulaikha. Aku memang hajat pada tarbiyyah berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia ini terlalu dusta dan menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dari murka-Mu. Ya Allah, aku takut mengahdapi ujian hari esok. Tolonglah berikanku kekuatan, aku tidak mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cuba meninggalkan jalan tarbiyyah dan da’wah ini seperti dulu. Cukuplah sekali aku pernah tertipu dek nafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-habisan sebagai seorang mujahid laksana garangnya Umar di medan perang. Akulah Umar Al-Mujahid!)
‘’ Umar, Dr. Sal kirim surat kat nta,’’ Banna menghulurkan sepucuk surat. Selepas itu dia masuk ke compartment Fathil dan rancak berbual-bual. Persahabatan Banna dan Fathil makin erat terjalin saban hari. Umar mengkeriukkan dahi. Keningnya diangkat. Dia membuka lipatan surat itu dengan berhati-hati.
(Apasal pulak Dr. Sal tulis surat kat aku?)
KEBEBASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU
Kau maukan seseorangMemenuhi hatimuKerana kini kau bebas tidak seperti duluDulu kau disekat dijagaMaka kau pun boleh jaga juga
Tetapi kini kau bebasTak boleh jaga nampaknyaSatu demi satu tersungkurAtau sekurang-kurangnya tumbangAtau sekurang-kurangnya kecundang
Tidak ramai yang boleh jagaCinta bermaharajalelaTiada tujuhalaIngatlah kau dari sekolah manaSbt sbh mempunyai harapan yang tinggiKami mempunyai impianYang kami mahukan kamu semua memahaminyaKami mahukan anak-anak semuaMeneruskan kegigihan kamiMenegakkan kalimah itu
Janganlah leka nakJanganlah kau ikutkan nafsu nakKau belum tahu penanganan dunia iniBukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah ituTelah lupakah kau?Semuanya?
Kan belum lama kau keluar darinyaDi merata tempatDi sana siniRamai wakil-wakil kamiYang ingin membantumuApakah responmu semua?Positivekah?Atau kau yang mengelak?
Hati Mama lukaJika kau tidak memikirkan DIADalam melayani nafsu muda yang menggilaMama lakukan yang terbaikKerana mencari kerethoan NYA
Anak-anak Mama tentu lebih faham dari MamaKerana Mama tidak belajar di sekolah ituAnak-anak Mama sayangLetaklah DIA dalam hatimuPenuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYABukan cinta kepada dia yang sementaraYang digelar infatuationsTidak bermaknaCinta kepada diaJika membelakangkan DIAMama Sal…
Umar menelan liur. Sajak itu tembus menusuk kalbu.
Bersambung.......
Nantikan sambungan cerpen 'Hatiku Milikmu' Siri 5 (Siri Akhir).
pensil-tekan.blogspot.com
No comments: