Bila
pergi ke mana-mana, mesti kita akan dapat lihat ramai orang yang
merokok. Orang yang merokok ini terdiri dari pelbagai lapisan tak kira
lelaki mahupun wanita. Tambah parah apabila pelajar-pelajar sekolah juga
lebih ‘bergaya’ dengan merokok. Adakah mereka tidak mengetahui akan
dalil pengharamannya? Adakah mereka tidak mengambil berat akan kesan
yang akan dihidapi mereka kelak?
Merokok,
mungkin boleh dikatakan sebagai suatu gaya hidup yang sudah menjadi
kebiasaan pada sesetengah orang terutama kepada si perokok, sehingga
kadang-kadang ia dianggap sebagai suatu norma yang dibanggakan. Anggapan
palsu ini disebabkan mudahnya diri terpedaya dengan budaya asing,
terutama seperti yang dipaparkan di media-media massa. Adakalanya
golongan yang ingin bergaya demi mencapai status kecanggihan serta
keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok.
Hal seperti ini
adalah sesuatu yang menyeleweng dari jalan yang benar dan kian menguasai
anak-anak orang Islam kini. Sesungguhnya Nabi Muhammad telah berpesan
agar tidak mengikuti kaum-kaum lagi sepertimana sabdanya,
“Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nasrani.” – Riwayat at Tirmidzi
Sememangnya
merokok tidak ada pada zaman Rasulullah, namun Islam telah menjelaskan
dengan adanya al-Quran dan Sunnah bahawa semua perkara yang membahayakan
diri, membawa kecelakaan kepada orang lain dan melakukan pembaziran
adalah perkara yang menyanggahi syariat. Lebih mudah untuk difahami,
merokok adalah suatu perkara yang haram.
Rokok
adalah suatu benda yang mempunyai pelbagai kandungan yang tidak baik
untuk kesihatan. Ia akan membawa bahaya kepada diri jika ianya terus
diambil. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195 bermaksud,
“Janganlah kalian mencampakkan diri kalian ke dalam kehancuran.”
Allah
SWT telah menyatakan keharaman terhadap semua perkara yang buruk ini,
termasuklah merokok. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 157
bermaksud,
“Nabi mereka menghalalkan untuk mereka semua perkara yang baik dan mengharamkan untuk mereka semua perkara yang buruk.”
Allah
SWT juga mencela dan menghina orang-orang yang melakukan pemborosan
sehingga menyatakan orang yang boros adalah saudara kepada musuh kita.
Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 26 – 27 bermaksud,
“Dan janganlah engkau bersikap boros. Sesungguhnya orang yang suka memboroskan hartanya merupakan saudara-saudara kepada syaitan.”
Rokok
bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah ianya juga turut membawa
orang lain terlibat dalam risiko ini. Asap rokok yang dikeluarkan boleh
menyebabkan orang lain yang menghidu asap tersebut berisiko mendapat
penyakit. Oleh itu, merokok juga membahayakan orang lain dan hal ini
amat ditegah dalam agama sepertimana sabda Rasulullah SAW,
“Tidak boleh membahayakan diri sendiri mahupun orang lain.” – Riwayat Ahmad
Maka,
inilah di antara dalil-dalil pengharaman rokok yang perlu diambil
berat. Namun, masih terdapat sebahagian di antara kita yang tidak dapat
menerima pengharaman rokok ini. Sungguh menghairankan, jika mereka
katakan merokok tidak haram, mengapa mereka tidak merokok di masjid atau
tempat suci yang lain? Kenapa mereka lebih memilih untuk merokok di
tempat-tempat hiburan, tempat membeli belah dan sebagainya?
Ada
juga yang beralasan merokok hanya makruh. Jika hukumnya makruh, mengapa
kalian hisap? Bukankah makruh itu lebih dekat kepada haram? Sebagaimana
sabda Nabi Muhammad,
“Sungguh hal yang halal itu jelas dan haram pun juga sudah jelas. Namun di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang tidak jelas. Kebanyakan orang tidak mengetahui perkara-perkara tersebut. Barangsiapa berhati-hati terhadap hal yang tidak jelas statusnya, maka sungguh ia telah menjaga agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara yang tidak jelas, sungguh ia telah terjerumus dalam perkara yang haram. Seperti seorang penggembala yang menggembala ternakannya di dekat daerah larangan, ia akan segera menggembala di daerah larangan tersebut.” – Riwayat Bukhari dan Muslim
Kandungan Dalam Rokok Sumber: Google Search |
Orang
yang merokok selalunya beralasan bahawa tekanan sosial untuk mereka
merokok. Remaja terutamanya, mudah terpengaruh untuk mula merokok.
Mereka merokok untuk diterima oleh kawan atau rakan sebaya yang juga
merokok. Dapat dilihat, remaja yang mempunyai rakan yang merokok, adalah
lebih mungkin untuk merokok. Adakalanya, remaja menganggap dengan
merokok akan memberi mereka sesuatu imej di mata rakan-rakan mereka. Ada
juga yang mengaitkannya dengan sifat dewasa. Jika seseorang remaja
berkawan dengan orang dewasa yang merokok, remaja itu mungkin akan
mengaitkan merokok dengan sifat kedewasaan. Dalam kata lain, dengan
merokok, mereka akan dilihat lebih matang atau lebih canggih.
Kebanyakkan
perokok mengalami kebergantungan kepada amalan merokok secara fizikal
dan psikologi. Mereka biasanya mengalami gejala-gejala seperti berasa
tegang, mudah mengantuk dan mengalami sakit kepala apabila tidak
merokok. Mereka yang merokok mungkin merasakan dengan merokok, dapat
membuat diri berasa ‘releks’ ketika tegang. Tidak kurang juga yang
menganggap dengan merokok, akan menjadi lebih peka dan pintar ketika
letih. Kebiasaannya, si perokok akan merokok pada waktu-waktu tertentu
seperti selepas makan, ketika menelefon, bersembang dengan kawan-kawan
atau sedang berjalan-jalan.
Sesetengah
orang berkata, mereka merokok supaya dapat mengelakkan
kegemukan. Bagaimanapun, kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa
kebanyakkan orang yang berhenti merokok tidak menjadi gemuk. Mereka
yang menjadi gemuk kerana mereka akan makan dengan lebih banyak selepas
berhenti merokok. Sebaiknya, seseorang yang berhenti merokok perlu
menjalankan kehidupan seperti biasa dengan tidak mengubah jumlah makanan
atau lebihkan bersenam.
No Smoking! Sumber: Google Search |
Apabila
sudah berniat untuk berhenti merokok, maka teruskanlah. Lakukan segala
usaha ke arah itu. Dengan tidak merokok, akan lebih mendorong semangat
untuk berjaya. Selain itu, pelbagai ganjaran akan diperoleh apabila
berjaya berhenti merokok. Antaranya ialah:
Apabila
sudah berkeluarga, maka kitalah yang menjadi contoh teladan kepada ahli
keluarga khususnya anak-anak. Mereka secara psikologinya akan lebih
mudah terpengaruh dengan orang yang rapat dengan mereka. Oleh itu, ibu
bapa perlu menunjukkan contah yang baik, agar menjadi ikutan buat
anak-anak.
Merokok
boleh menjejaskan kecerdasan badan dan membuatkan badan cepat lebih dan
hilang stamina apabila melakukan sesuatu perkara seperti berjalan,
bergerak atau melakukan pergerakan berat yang lain.
Merokok
menyebabkan kulit tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Oleh
itu, sel-sel baru tidak dapat dibentuk dengan sempurna. Perokok biasanya
cepat beruban, kulit tidak berseri dan cepat berkedut terutama di
kawasan mata dan mulut.
Kesuburan meningkat bagi lelaki
Kajian menunjukkan kesan daripada amalan merokok boleh menyebabkan kelainan pada sperma dari segi mobiliti atau keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga bilangan sperma yang berkurangan.
Kajian menunjukkan kesan daripada amalan merokok boleh menyebabkan kelainan pada sperma dari segi mobiliti atau keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga bilangan sperma yang berkurangan.
Anak-anak lebih sihat
Perkara terpenting ialah anak-anak. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang merokok adalah lebih kerap menghidapi penyakit penyakit saluran pernafasan seperti pneumona, jangkitan telinga dan lain-lain. Mereka juga lebih kerap mengalami gangguann iritasi pada mata, hidung dan tekak, dan mudah mendapat gejala pernafasan kronik seperti batuk dan kahak.
Perkara terpenting ialah anak-anak. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang merokok adalah lebih kerap menghidapi penyakit penyakit saluran pernafasan seperti pneumona, jangkitan telinga dan lain-lain. Mereka juga lebih kerap mengalami gangguann iritasi pada mata, hidung dan tekak, dan mudah mendapat gejala pernafasan kronik seperti batuk dan kahak.
Ini
di antara banyak lagi faedah atau manfaat yang bakal diperoleh apabila
seseorang berhenti merokok. Maka, marilah kita sama-sama tanamkan tekad
untuk tidak merokok seterusnya tidak menjerumuskan diri ke lembah
kebinasaan ini. Bagi yang merokok, kuatkan semangat untuk berhenti
merokok kerana keputusan anda untuk berhenti merokok adalah suatu
keputusan yang tepat! Tiada sesalan baginya.
Oleh itu, ikhlaskan niat,
kuatkan semangat di samping mengharapkan pertolongan Allah SWT atas
usaha-usaha ini.
No comments: