Tak
dapat disangkal bahawa setiap insan pasti mahu menemui cinta.
Sememangnya, apabila cinta sudah bertemu, pasti akan membuahkan
kerinduan. Orang yang mencinta akan rindu kepada orang yang dicintainya.
Kerinduan
kepada kekasih selalunya memberikan duka kerana kerinduan tersebut
bukanlah suatu jalan halal untuk ditempuh. Maka, sebaik-baik jalan
adalah jalan pernikahan.
Gambar Hiasan |
Namun, si pemuda belum mampu memberikan nafkah
zahir. Begitu juga dengan si gadis yang masih muda dan menjadi sandaran
keluarga untuk meneruskan pengajian. Akhirnya, dek kerana cinta tidak
dapat disalurkan dengan betul maka percintaan bukan atas dasar yang
betul dijadikan jalan keluar kepada masalah ini.
Ber’chatting’
ditambah dengan fenomena facebook dan sebagainya, menjadi salur
alternatif untuk berhubung antara pasangan kekasih. Mungkin juga para
pendakwah tidak terlepas dari masalah ini.
Maka
seharusnya, rasa rindu ini perlu dikawal dan diselia dengan melakukan
beberapa perkara yang mungkin boleh dijadikan panduan bersama.
TERAPI RINDU DENGAN SEGERA BERKAHWIN
Kahwinlah
ubat yang paling mujarab apabila rindukan si dia. Dengan berkahwin,
segala rasa kerinduan, rasa ingin bersamanya setiap waktu, rasa ingin
mendengar suaranya selalu, akan terubat dengan berkesan sekali. Sabda
Nabi Muhammad, seperti diriwayatkan Bukhari dan Muslim yang bermaksud,
“Wahai para pemuda, barangsiapa yang berkemampuan (zahir dan batin), maka nikahlah kerana itu lebih akan menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu, maka berpuasalah kerana puasa itu sebagai ubat pengekang baginya.”
Seorang
pemuda yang telah berkemampuan dari sudut zahir dan batin amat dituntut
untuk berkahwin kerana inilah syarat utama seperti yang disebutkan oleh
Nabi Muhammad. Berkahwin tidak semestinya dengan orang selalu dirindui.
Boleh jadi dengan orang lain, kerana dengan berkahwin itu telah
mencukupi segala keperluan jiwa di samping menemui keberkatan di
dalamnya. Jika jodoh mempertemukan dengan orang yang selalu dirindui,
maka berkahwinlah dengannya dengan hati dan niat yang ikhlas.
BERUSAHA UNTUK IKHLAS DALAM BERIBADAH
Ikhlas
adalah terapi mujarab penyakit rindu. Jika seseorang benar-benar ikhlas
menghadapkan diri pada Allah dan ikhlas padaNya, maka ia dia tidak akan
menemukan perkara lain yang lebih manis dan lebih indah dari Allah.
Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu yang dicintainya, melainkan
setelah memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya. Cinta yang
buruk akan digantikan dengan cinta yang baik.
Hati
yang tidak ikhlas akan sentiasa dipengaruhi hawa nafsu yang menuntut
segala keinginan yang kemahuan hanya di atas dasar nafsu semata-mata.
Keadaan ini tidak ubah seperti ranting-ranting pada dahan yang meliuk
ke sana ke mari mengikut arah angin.
Gambar Hiasan |
BANYAK MEMOHON KEPADA ALLAH
Setiap
doa yang kita panjatkan pasti akan membawa manfaat. Mungkin doa yang
dipinta itu akan segera dikabulkan Allah. Boleh jadi sebagai bekalan di
akhirat nanti atas kesabaran dan keikhlasan kita dalam berdoa. Yang
pasti, Allah akan sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.
Telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud,
“Tidaklah seorang Muslim memanjatkan doa pada Allah selama tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturrahim, melainkan Allah akan berikannya tiga perkara, Allah akan segera mengabulkan doanya, Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak dan Allah akan menghindarkan darinya sebarang kecelakaan.” Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu, kami akan memperbanyakkan berdoa.” Nabi Muhammad kemudian berkata, “Allahuakbar (Allah Maha Besar).”
Ketika
seseorang berada dalam kesusahan dan dia bersungguh-sungguh berdoa
mengharapkan Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doanya. Termasuklah
apabila seseorang memohon pada Allah agar dilepaskan dari penyakit
rindukan kekasih hati. Penyakit yang menyebabkan dirinya gundah gulana,
sedih dan sengsara. Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa.
GIAT UNTUK MENYIBUKKAN DIRI
Apabila
seseorang dalam keadaan kosong, biasanya seseorang lebih mudah untuk
berangan memikirkan si dia. Dalam keadaan sibuk pula, pelbagai fikiran
tersebut mudah untuk hilang begitu saja. Oleh kerana itu, untuk
menangkis rasa rindu adalah dengan menyibukkan diri dengan perkara yang
bermanfaat. Sebenarnya, rasa rindu lebih mudah hadir apabila seseorang
tidak sibuk atau ‘free’.
Di
kala itulah segala perkara muncul, baik dari segi wajah si kekasih,
gerak geri hinggalah segala perkara yang berkaitan dengannya. Ianya
hanyalah sekadar bayangan dan khayalan yang berakhir dengan kesedihan
diri. Tiada manfaat darinya sedikit pun.
Ibnu Qayyim menyebutkan nasihat seorang sufi yang ditujukan pada Imam Syafie. Ia berkata,
“Jika dirimu tidak tersibuk dengan hal-hal yang baik, pasti akan tersibukkan dengan hal-hal yang sia-sia.”
MENGHINDARI LAGU-LAGU DAN FILEM CINTA
Lagu
dan filem cinta amat berpotensi untuk menebarkan rasa rindu yang lebih
kuat pada si dia. Apa lagi bila lagu tersebut dibuai dengan bait-bait
puitis, mendayu-dayu yang akan menggetarkan hati orang yang ditimpa
kerinduan. Akibatnya, rasa rindu padanya semakin memuncak.
Berbagai
angan-angan pun akan terdetik di hati dan fikiran. Jika demikian
keadaannya, sebaiknya dihindarkan lagu-lagu dan filem yang berbentuk
kecintaan sesama manusia, demi keselamatan dan kejernihan hati.
Gambar Hiasan |
BAYANGKAN KEKURANGAN SI DIA
Ingatlah,
orang yang selalu dirindui itu juga punya kelemahan dan kekurangan,
sehingga tidak layak untuk dipuja, disanjung atau sentiasa dirindui.
Dalam khayalan, semuanya indah, semuanya sempurna, namun pada
hakikatnya, ia hanyalah lamunan semata.
Ibnu Jauzi berkata,
“Sesungguhnya manusia itu penuh dengan najis dan kekotoran. Sementara orang yang mabuk cinta senantiasa melihat kekasihnya dalam keadaan sempurna. Disebabkan cinta, ia tidak lagi melihat adanya aib.”
Kita
mampu menghukumi sesuatu dengan timbangan keadilan, sedangkan orang
yang sedang dikuasai kerinduan yang membara, mampu untuk tidak berlaku
adil lagi. Kecintaannya menutupi seluruh aib yang dimiliki pasangannya.
Hukamak pernah berkata, “Mata yang dilipuit oleh hawa nafsu akan
menjadi buta.”
Semoga
Allah memberi taufik dan hidayah buat kita semua. Segala puji bagi
Allah yang dengan nikmatNya segala kebajikan menjadi sempurna. Juga
peringatan tuk diri ini. InsyaAllah.
No comments: