05 February 2012

Nabi Muhammad Di Dalam Bible

Kitab-kitab yang diturunkan Allah seperti Taurat dan Injil mengandungi kisah-kisah yang terperinci mengenai Nabi Muhammad. Allah menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 146 yang bermaksud,

“Orang-orang yang kami berikan al-Kitab, mereka mengenal Muhammad seperti mengenali anak-anak mereka sendiri.”

Gambar Hiasan
Bible yang wujud pada hari ini berbeza dengan Injil yang asal kerana banyak tokok tambah dan perubahan dilakukan ke atas Bible hari ini. Secara dasarnya, kita tidak dapat mengiktiraf Bible sebagai kalam Tuhan secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa ayat di dalamnya yang selari dengan kebenaran al-Quran, antaranya yang berkaitan dengan kerasulan Nabi Muhammad.

Ramai tokoh di kalangan ulama Islam memanfaatkan ayat-ayat ini sebagai bukti tambahan semasa berhujah. As-Syeikh Said dan Hamka sebagai contoh, sering menulis aya-ayat dari Bible bagi dimuatkan dalam kitab-kitab tafsir mereka. Apabila ayat-ayat Bible yang selari dengan Quran ini berjaya kita keluarkan, ia dapat kita jadikan sebagai hujah kebenaran Quran. Tambahan daripada itu, ia juga dapat dijadikan sebagai modal dakwah bagi menyedarkan mereka yang bukan Islam mengenai kebenaran Islam.


PARACLETOS = NABI MUHAMMAD 

Di dalam Bible, Nabi Muhammad dikenali sebagai Paracletos. Dalam Gospel St. John pada bab 16 ayat 7 disebutkan berkenaan perkataan Nabi Isa,

“Nevertheless I tell you the truth;
It is expedient for you that I go away:
For if I go not away, The Paracletos
Will not come unto you; But if I depart,
I will send him unto you.”

Terjemahan mengikut Bible Malaysia al-Kitab yang dikeluarkan oleh Bible Society of Malaysia pada tahun 1996 adalah,

“Tetapi apa yang aku katakana kepada kamu benar;
Demi kebaikan kamu, lebih baik aku pergi.
Jika aku tidak pergi, penolong itu tidak datang kepada kamu.
Tetapi jika Aku pergi, aku mengutus dia kepada kamu.”

Dalam Gospel yang sama pada bab 14 ayat 16 – 17 disebutkan,

“And I will ask the Father, and he shall give you another paracletos, that he may stay with you for ever.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia al-Kitab yang diterbitkan pada tahun 1993 adalah,

“Aku minta kepada bapa dan Ia memberikan kepadamu seorang penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, iaitu Roh Kebenaran.”


Gambar Hiasan


PARACLETOS SEBAGAI ‘ROH SUCI’

Kalimat Paracletos ini kadangkala digantikan dengan kalimat Paraclete namun penggunaan kedua-dua kalimay ini adalah bagi maksud dan tujuan yang sama. Apa yang jelas daripada ayat-ayat ini adalah, Nabi Isa menyatakan seorang Paracletos datang selepas beliau dan dia bersama-sama dengan umat manusia bagi selama-lamanya. Bible terjemahan bahasa Inggeris menggantikan perkataan Paracletos dalam ayat ini dengan Comforter dan Consoler. 

Terdapat juga daripada kalangan tokoh-tokoh Kristian yang mentafsirkan kalimat Paracletos sebagai Holy Spirit atau ‘Roh Suci’. Pentafsiran Paracletos sebagai Roh Suci jelas bercanggah dengan doktrin agama Kristian yang menetapkan Roh Suci sudah sedia ada sebab dia adalah Tuhan dalam konsep Tritunggal (Trinity). Justeru, adalah mustahil Roh Suci yang sedia ada datang hanya selepas pemergian Nabi Isa.

Di dalam buku agama Kristian yang autoriti bernama Anchor Bible pada halaman 1135 disebutkan, 

“The word parakletos is peculiar in the NT to the Johnannine literature. In 1 John ii 1, Jesus is a parakletos (not a title), serving as a heavenly intercessor with the Father. …Christian tradition has identified this figure (Paraclete) as the Holy Spirit, but scholars like Spitta, Delafosse, Windisch, Sasse, Bultmann and Betz have doubted whether this identification is true to the original picture and have suggested that the Paraclete was once an independent salvific figure, later confused with the Holy Spirit.”

Ia bermaksud, “Perkataan Parakletos hanya dapat ditemui dalam tulisan-tulisan St. John sahaja. Secara tradisinya Parakletos ini dikaitkan dengan Roh Suci tetapi tokoh-tokoh seperti Spitta, Delafosse, Windisch, Sasse, Bultmann dan Betz mempertikaikan pandangan ini. Mereka mengatakan Parakletos pada asalnya adalah seorang manusia penyelamat yang kemudiannya disalah tafsirkan sebagai Roh Suci.”



PARACLETOS BERMAKSUD YANG TERPUJI

Kalimat Paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani Klasik dan perkataan yang lebih tepat dalam Yunani Klasik ialah periclytos. Dalam kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec-Francais dijelaskan, kalimat periclytos berasal daripada suku kata peri dan cleotis. 

Apabila dicantumkan ia membawa maksud ‘yang terpuji’ atau dalam bahasa Inggeris, the most illustrious, glorious and renowned, dan kesemua ini selari dengan nama Ahmad dan Muhammad. Perkara ini disebutkan dalam Muhammad in the Bible tulisan bekas Paderi David Benjamin Keldani. Justeru, dalam sesetengah versi Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, kalimat Paracletos digantikan dengan perkataan Ahmad. 

Sir William Muir dalam Life if Mohamet berkata, “Satu lagi panggilan yang digunakan bagi Mohamet adalah Ahmad dan dalam sesetengah versi Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, nama Ahmad ini digunakan bagi menggantikan perkataan Paraclete.”



KISAH DI GUA HIRA

Di dalam Bible juga terdapat ayat-ayat yang menceritakan insiden di Gua Hira. Dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible pada bab Isaiah 29:12 disebutkan, 

“And the book is delivered,
To him that is not learned
Saying, read this, I pray thee:
And he saith, I am not learned.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia al-Kitab terbitan 1993 adalah:

“Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang
Yang tidak dapat membaca dengan
Mengatakan, “Baiklah baca ini,”
Maka ia menjawab;
“Aku tidak dapat membaca.”

Nabi Muhammad adalah seorang yang ummi dan ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Semasa beliau berumur 40 tahun, beliau bertapa di Gua Hira dan di situ beliau didatangi oleh Malaikat Jibrail dan disuruh membaca. Beliau menjawab, “Aku tidak tahu membaca.” Selepas itu, turunlah wahyu yang pertama dan antara isi-isinya adalah, “Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu adalah yang maha mulia.” (al-‘Alaq ayat 1-3)


Gambar Hiasan

Ayat-ayat Bible yang dipaparkan ini selari dengan insiden yang berlaku ke atas Nabi Muhammad yang ummi semasa beliau berada di Gua Hira. Nabi Isa tidak pernah dikenali sebagai seorang nabi yang ummi. Sehubungan dengan ini, baru-baru ini seorang paderi Katolik dari Sri Langka, (Father) George Antony memeluk agama Islam. Beliau pernah menjalani latihan sebagai paderi selama 10 tahun sebelum berkhidmat di Gereja Katumayaka, Sri Langka. Antara ayat di dalam Bible yang mengagumkan beliau adalah ayat daripada Isaiah ini yang bagi beliau jelas menampakkan kebenaran.

Sumber: Dr. Danial Zainal Abidin, Minda Muslim Super (2009).
 
 
pensil-tekan.blogspot.com
 
Anda suka perkongsian ini?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com