09 August 2012

Freemason Dan Illuminati


Apabila kita menyebut tentang pendedahan-pendedahan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pergerakan Freemason atau Illuminati ini, mesti ramai antara umat Islam akan mengetahui bahawa terdapat suatu perancangan khusus yang telah dirancang bagi menguasai pemikiran umat Islam. Hal ini dilakukan secara sedar mahupun tidak. Sesungguhnya pergerakan ini adalah suatu pergerakan yang disembunyikan. Dan Allah SWT telah memberikan peringatan kepada kita mengenai hal ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 102 bermaksud,

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”  

Maka, inilah perkara yang perlu diambil berat kerana ianya berkaitan dengan akidah kita. Perkara ini bukan sesuatu yang baru, bahkan ia telah disusun dengan begitu teliti sejak tahun 1782 lagi. Bayangkan, setelah 228 tahun berlalu, kita baru didedahkan dengan lebih terperinci mengenai perancangan gerakan ini. Itupun masih ramai di kalangan umat Islam yang belum mengerti atau mengambil berat akan hal ini. Mungkin mereka menganggap bahawa perkara ini sebagai perkara remeh, perkara kecil yang mungkin tidak akan mendatangkan mudarat di kemudian hari. Namun, sedarilah, perancangan licik gerakan ini, hanyalah untuk menguasai dunia, seterusnya menghancurkan umat Islam secara perlahan dan tersembunyi. 

Lambang Freemason

ADAKAH FREEMASON DAN ILLUMINATI ITU GERAKAN YANG SAMA?

Freemason adalah sebuah organisasi yang sangat bersifat rahsia. Freemason dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib. Secara ringkasnya, ada pelbagai teori tentang sejarah awal pergerakan ini, antaranya adalah apabila Freemason dikaitkan dengan Kesatria Templar atau sekumpulan kecil pasukan kesatria yang telah memerangi tentara Islam di Jerusalem.

Terdapat pelbagai legenda dan teori lain mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.

Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.

Maka berdasarkan teori-terori asal usul ini, pendapat umum mempercayai selain daripada pergerakkan ini menjalankan aktiviti-aktiviti kepentingan Yahudi dan zionis yang berselindung disebalik sosial, ada juga mempercayai bahawa matlamat akhir pergerakan ini adalah untuk membina semula Kuil Nabi Sulaiman di atas robohan Masjidil Aqsa.

Lambang Gerakan Illuminati  

Manakala Illuminati adalah sebuah organisasi persaudaraan rahsia kuno yang pernah ada dan diyakini masih tetap ada sampai sekarang, walaupun tidak ditemukan bukti - bukti nyata tentang keberadaan organisasi persaudaraan ini sampai saat ini. Kata Illuminati dapat diterjemahkan sebagai "Pencerahan Baru". Para pengikut Illuminati disebut "Illuminatus", yang bererti "Yang Tercerahkan". 

Salah seorang Illuminatus yang terkenal adalah Galileo Galilei, seorang ahli antropologi yang dihukum pancung oleh gereja akibat membuat pernyataan bahawa pusat alam semesta bukan bumi, melainkan matahari. Pernyataan tersebut dianggap menyinggung gereja, kerana secara tidak langsung menyatakan bahawa Tuhan dengan sengaja menempatkan pusat kehidupan di planet lain. Dalil Galilei tersebut juga sekaligus membantah doktrin gereja pada saat itu bahwa Bumi berbentuk datar. 

Sejak saat itu Illuminati terus diburu oleh para kaum gereja. Mereka ditangkap lalu diberi cap salib di dada mereka, baru kemudian dibunuh. Anggota Illuminati kemudian bergerak dari bawah tanah sebagai sebuah kelompok rahsia yang paling dicari oleh pihak gereja. Para Illuminatus yang melarikan diri kemudian bertemu dengan kelompok rahsia lainnya iaitu kelompok yang bernama Freemasonry atau lebih sering disebut sebagai kelompok Mason.

Dapat diketahui, Freemason dan Illuminati adalah suatu gerakan yang berbeza. Mereka telah bersatu untuk melaksanakan perancangan yang sungguh teliti dan misteri bagi menggapai impian mereka, iaitu untuk menguasai dunia! Anda boleh lihat sendiri, apakah rancangan atau agenda mereka, yang kadang kala, wujud dalam kehidupan seharian kita, tanpa kita sedari!


BERINGAT ATAS PERINGATAN

Tujuan artikel ini ditulis, bukan untuk memberikan pendedahan kepada liciknya pergerakan ini dalam mem’buta’kan mata dan pemikiran kita umat Islam, namun niat hanya untuk sama-sama mengambil peringatan atas setiap apa kemungkinan yang bakal berlaku terhadap kita kelak. Pelbagai agenda yang dirancang, sama ada berkaitan politik, ekonomi mahupun agama itu sendiri, amat mendedahkan kita kepada terpesongnya akidah. Mungkin kita tidak dapat menterjemahkan hal ini secara langsung, namun kita perlu melihat hal ini dengan lebih ke hadapan. Mungkin anak-anak kita, generasi kita yang ke hadapan, bakal menanggung akibat dari ketidakpedulian kita atas perkara ‘remeh’ ini.

Segala pendedahan yang telah dilakukan, bukanlah semata-mata untuk menakutkan umat Islam, bahkan ini merupakan langkah kita untuk terus berjihad melawan musuh yang jelas lagi nyata ini. Tidak kiralah sama ada perjuangan ini berbentuk kecil atau besar, semuanya akan dinilai oleh Allah SWT. Seperti mana firmanNya di dalam surah at-Taubah ayat 41, 

“Keluarlah (untuk berjuang pada jalan Allah) sama ada dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.”


TETAP PENDIRIAN DAN ISTIQOMAH

Peringatan demi peringatan Allah SWT telah tunjukkan kepada kita. Bermula dari seremeh-remeh perkara hingga perkara yang besar, telah menunjukkan kepada kita betapa ujian Allah itu tidak mengira masa dan tempat, bahkan kepada setiap orang yang beriman.


Hati dan tekad kita hendaklah ditetapkan hanya kepada Allah SWT. Kita tidak perlu takut atau bersedih hati akan apa yang mendatang. Ingatlah bahawa segala ujian yang menimpa diri kita, ada hikmah di sebaliknya. Seperti gerakan Freemason dan Iluminati ini, seharusnya kita tidak perlu risau jika berita tentang perancangan mereka untuk menghancurkan kita umat Islam. Kerana Allah SWT telah menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 120,

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."

Dalam surah Fussilat ayat 30, firman Allah SWT yang bermaksud,
  
“Sesungguhnya mereka yang mengatakan, ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqomah (iaitu meneguhkan pendirian mereka) di atasnya, maka para malaikat akan turun kepada mereka dan berkata, ‘Janganlah kamu berasa takut dan janganlah bersedih hati. Bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.”


Manakala, seorang sahabat yang setia, Saidina Abu Bakar telah berkata,
“Tetapkanlah pendirianmu dalam amalan dan perkataan.”

Oleh itu, usah takut dan gusar kepada ancaman orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan syurga yang abadi bagi hambaNya yang tetap teguh pada tali Allah dan istiqomah di atasnya. Kerana kita adalah umat yang terbaik, yang menyuruh kebenaran dan menegah kemungkaran. Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 110, 

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”


Wallahua’alam.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com