06 August 2012

Tahniah Dato' Lee Chong Wei!

Berakhir sudah penantian rakyat Malaysia untuk menyaksikan pingat emas pertama dibawa pulang ke tanah air dari arena sukan Olimpik apabila prospek emas harapan negara menerusi acara badminton, Dato' Lee Chong Wei, tewas di tangan seteru utama dari China, Lin Dan. DLCW adalah satu-satunya harapan negara untuk membawa pulang emas pertama sejak Olimpik Melbourne 1956. Namun, impian tersebut dihalang oleh kejayaan Lin Dan merampas kilauan pingat emas yang diidamkan seluruh rakyat Malaysia.

DLCW, Jaguh Badminton Malaysia

DLCW telah berjuang selama hampir 80 minit dengan memberikan persembahan yang menarik dan memaksa Lin Dan mengerah sepenuh tenaga hingga ke saat terakhir, Lin Dan memenangi perlawanan dengan keputusan DLCW memenangi set pertama, 21-15. Kemudian Lin Dan dapat mengimbangi perlawanan apabila menang set kedua, 21-10. Dan pada set ketiga, dilihat kedua-dua pemain mempamerkan persembahan yang terbaik dan bertaraf dunia, apabila Lin Dan diberi tentangan sengit oleh DLCW, yang akhirnya perlawanan dimenangi Lin Dan dengan keputusan, 21-19.


DLCW TETAP HERO KITA

Bagi saya, pencapaian DLCW perlu kita banggakan kerana beliau telah membawa nama Malaysia di persada dunia. DLWC bukan sahaja hebat di gelanggang, malah beliau turut membawa imej rakyat Malaysia yang peramah dan mesra dengan orang lain. Itu yang dapat dilihat ketika ditemuramah oleh wartawan tv dan sememangnya DLCW seorang yang mudah didekati. Saya bangga!

Walaupun beliau tewas di pentas akhir, namun bagi saya, dan saya yakin, bagi seluruh rakyat Malaysia juga, bukan pencapaian Olimpik sahaja yang boleh diukur, malah pencapaian beliau sepanjang zaman amatlah menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Beliau menunjukkan semangat juang yang tinggi, perjuangan membawa nama negara di arena badminton, sehingga beliau pernah dinobatkan sebagai jaguh badminton nombor 1 dunia! Saya bangga!

DLCW memohon maaf kerana gagal membawa pulang emas menerusi Twitternya


BERJUANG HINGGA KE AKHIRNYA!

DLCW menyatakan bahawa ini adalah Olimpik terakhir beliau. Maka, selepas ini mungkin kita akan lihat beberapa muka baru yang boleh dijadikan sandaran untuk pingat di sukan terbesar dunia itu. Apa yang penting ialah perjuangan DLCW yang kuat dan tabah serta kesungguhan beliau membawa cabaran di peringkat dunia, harus kita contohi. 

Jika kita seorang pelajar, berjuanglah demi pelajaran hingga berjaya. Jika kita seorang pekerja, bekerjalah kita demi nilai sesuap nasi. Namun, apa yang penting bagi kita umat Islam, semuanya perkara yang dilakukan, kita lakukannya dengan bersungguh-sungguh, hingga ke akhirnya, kerana Allah!

Salam perjuangan.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com