Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah SWT.
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung
serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit
Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa
hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu
babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke
dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula
seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia
melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama
Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu
membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka
telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka
menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah SWT itu soal
lain. Itu urusannya dengan Allah SWT. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan
kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku
sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi
babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar mereka
diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi
manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.",
tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyu
kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud :
"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke
syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun
hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa
kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita
itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih
sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita,
urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah SWT supaya kedua ibubapa kita
diampuni Allah SWT. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya
mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para
ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan
melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya
ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di
sisi Allah SWT.
Wallahu'alam.
No comments: